ShareThis

Isnin, 7 April 2014

SAMBAL TUMIS SOTONG


ASSALAMUALAIKUM!!!


Bisikan keluhan hasrat hati
di akhir jambangan indah suci
katakan padanya aku pergi
membawa derita sendiri...


Jah!!! Mike merajuk ke Jah????
Ooohhhh...tidak...tidak.....!!! itukan sebahagian dari lirik lagu nyanyian biduan terkenal seantero Malaya
Allahyarham Datuk Ahmad Jais yang sangat merdu! Ambo sangat suka lagu-lagunya..sangat terpikat dengan alunan suaranya yang merdu!

Sedap...sedap hingga tak terkata! Macam masakan ambo kali nih yang menjadi kesukaan anak ambo!
'SAMBAL TUMIS SOTONG' hahahah...bukan nak puji, tapi disebabkan inilah lauk feberet anak ambo, dia puji melangit le!

Memang anak-anak ambo sangat gemo (gemar) masakan jenis sambal! Jadi untuk memudahkan cara, ambo
akan sediakan sambal 'readymade' banyajk-banyak, seperti yang selalu ambo buat. Hihihi..itupun salah satu
cara penjimatan masa!

Moh le kita berkongsi resepi 'SAMBAL TUMIS SOTONG' ni....sangat mudah tetapi ianya melepasi
piawaian ambo sekeluarga!

Bahan asas:

500 gm sotong basah
1 cawan cili kisar
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
sedikit air asam jawa (mengikut keperluan)
Sedikit garam dan gula (perisa)
Minyak untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris kasar untuk hiasan

- Sotong dibersihkan dan di potong (ikut kesukaan) - toskan
- Bawang besar, bawang putih dan belacan di kisar
- Letak minyak masak ke dalam kuali dan panaskan
- Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga naik minyak
- Masukkan sotong dan air asam jawa
- Masukkan bawang yang di potong kasar tadi
- Perisakan dan bolehlah di hidangkan

'SAMBAL TUMIS SOTONG' ni jugak sangat sedap kalo di makan bersama dengan nasi lemak!
Pada anak ambo, lauk ni aja udah cukup untuk hidangan tengaharinya!

BUBYE Jah...kita jumpa lagi!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...