ShareThis

Rabu, 2 April 2014

AISKRIM OOOOO AISKRIM

yang nih  aiskrim koko campur perisa jagung....sedap!
yang nih pulak aiskrim perisa jagung campur perisa stoberi...enak sekali sih!

ASSALAMUALAIKUM!!

Di kampung ambo baru lepas hujan! Kata orang kampung ambo baru 'seghek'!!
Maknanya hujan baru teduh atau jugak baru berhenti.

Sebelum ni hari-hari panas! Parit kecil depan rumah ambo pun udah tinggal sedikit airnya.
Kemana pergi anak-anak ikan seluang tak tahu le ambo! Nak ceduk air untuk siram pokok bunga pun udah tak dapat...kering!

Ambo tengah (sedang) dok tengok album-album gambo makanan ambo. Terlihat gambo-gambo aiskrim yang membuatkan liur ambo meleleh. Ambo memang suka aiskrim..sangat suka!
Walopun kejadian ni udah berbulan-bulan (tahun lepas punye cerita) ambo nak berkongsi juga dengan mike
cara buatan dan bahan-bahan yang nak di buat 'AISKRIM ' ni.

Ambo pernah berkongsi dengan mike dulu, tapi lain resepinya, kini sekali lagi ambo buat setelah ambo bw
ke blog 'Ilham Jiwarasaku' teman blog dan teman FB ambo. Banyak masakan yang  'buat kecor ayo lio '
ada di sana. Mike terjahlah...mesti jatuh cinta punya! Hehehehhhh!!!

Moh kita kongsi resepinya!

1 tin susu pekat manis
2 tin air masak (mengikut sukatan tin susu)
1 camca besar ovellate
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh esen vanila
2 camca besar serbuk koko

- Masukkan susu dan air ke dalam periuk
- Masukkan tepung jagung
- Kacau sekejap hingga mendidih
- Angkat dan letakkan ke dalam mangkuk besar
- Masukkan ovellate
- Pukul hingga naik dan gebu
- Bahagikan kepada 2 bahagian ( satu bahagian letakkan serbuk koko  atau strawberi atau jagung
   atau boleh mengikut kesukaan mike)
- Tuang berselang seli dan simpan dalam esbok semalaman

Coba Jah jangan tak coba!
Cuaca panas-panas nih sedap kalo 'AISKRIM' nih di lalukan ke anak tekak! Bluurrrrpppp

BUBYE.....!!!

Pppsssttt!! malam nih ambo nak tengok drama 'Perempuan dalam pasungan' nengok Rosnah Mat Aris berlakun...nyampah betoi jadi mak mentua kejam!!! GGggggrrrrrr!!!



0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...