TART NANAS GULUNG

  • 11:02 PG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

yang ni baru keluar dari oven..masih panas-panas!
yang ni dah sejuk ...dah bole ngap!
ASSALAMUALAIKUM!!

Bila ku kenang ku renung
lemah longlai rasa tak tertanggung
harapan bahagia nan menggunung
terhempas hanyut terapung......

Oooooo ...nyanyi lagi Chumah? Iya...sekadar meminati dan menghayati lirik seadanya!
Itu nyanyian merdu Allahyarham Dato' Ahmad Jais...penyanyi lelaki yang ambo sungguh minat suaranya.
Pada ambo setiap nyanyiannya begitu menggetar jiwa ambo! Terbuai-buai ke dalam nyanyiannya!

Hari ni, pagi-pagi lagi ambo ada masa senggang nak bersembang dengan mike. Semalam setelah selesai
buat TART NANAS GULUNG dan Biskut Famous Amos, ambo buatkan sebji Kek Puding karamel.
Siot Jah kalo kaki boleh berdiri lama-lama. Anak teruna ambo nak bawak pegi makan dengan kawan-kawannya...buatkanlah sebiji! Kongsi-kongsi makan kan Jah?

Anak dok tanya ghokpa ( ghokpa mengikut KAMUS DEWAN berarti kenapa) buat biskut? Haiyyaaa...
mau makan llhhoooo! Pppssstttt!!!! Che Ta ada pra perkahwinan ambo pun nak juga ada pra'!hehehehehh...
ambo - 'pra hari lahir' je!!!   Dah tua Chumahooooiiii! Aaiiissyyy!!! hahahahah!!!
Jangan simpan di hati pada setiap jenaka ambo ye Jah!!!


Hari ni ambo tak buat apa-apa, sebab semuanya dah di bereskan semalam. Cuma nanti ambo akan memenuhi undangan perkahwinan di Dewan Perbandaran Kamunting. Petang nanti sebiji lagi Kek Puding karamel akan ambo buat (memenuhi permintaan) dan esok  sebiji lagi kek yang sama di atas permintaan juga! Sebelum tu kena hantar Sitecik hajar balik ke asrama.

Panjang celoteh ambo kali ni...moh le kita berkongsi resepi 'TART NANAS GULUNG'.
Kali ni ambo skodeng dari blog Sinar Kehidupanku - lebih kurang sama seperti resepi TART BUNGA TULIP ambo dolu... menggunakan minyak sapi!

Bahan asas:

250 gm butter
1 camca besar gula kastor ( resepui asal 2 camca besar)
2 camca besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 camca besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
Secubit garam
3 cawan tepung gandum (resepi asal 3 1/4 cawan)
Jem nanas mengikut keperluan

Untuk sapuan kulit tart:

1 kuning telur
sedikit air masak sejuk
sedikit pewarna kuning

- Ayak semua tepung
- Pukul gula dengan butter sehingga berkrim
- Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam dan pukul lahi sehingga sebati
- Masukkan tepung dan sebatikan
- Perap sekejap (ambo perap < > 10 minit)
- Tekan adunan tart dan bakar menggunakan suhu 175'c selama 20 -  25 minit

'TART NANAS GULUNG' ni sungguh gebu..kiranya cair di mulutlah! Memang sedap dan boleh menambahkan lemak di badan. hihihi. Berbaloilah ambo buat kerana ianya melepasi piawaian ambo!


BUBYE Jah...Jumpa lagi!!!












You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...