ShareThis

Sabtu, 29 Mac 2014

KEK PUDING KARAMEL



ASSALAMUALAIKUM!!

Di masa berpisah.....
mengapa hatiku rasa sedih
jumpa tak lama
bersua dikau kekasih.....!!

Terdengar nyanyian Allahyarhamah Rafeah Buang membuat hati gundah gulana.
Terbuai-buai dengan lenggok suara yang mendamaikan!

Pekabo Jah? Tempat mike tentu  masa ini panas kan? Di kampung ambo pun panas juga, tapi hujan masih lagi turun. Cumanya dengar kabar, di Taiping dan Kamunting akan ada catuan air! Oohhhh...betapa hebatnya kuasa ALLAH, tempat yang sentiasa punya purata hujan paling tinggi, sekarang udah kena catuan air. Hebatnya ALLAH yang mempunyai segala kuasa yang mampu di buatNYA.

Malam ni di kampung ambo, suasana agak sejuk...nyaman! Duduk di kampung itulah kelebihannya.
Kemarin hujan turun begitu lebat, ambo yang 'agak' pemalas ni, seronok sangat sebab taklah bersusah payah menyiram pokok-pokok bunga ambo yang banyak kurus dari gemuk. Hihihihi!!!

Malam ni ambo nak kongsi resepi 'KEK PUDING KARAMEL' yang sungguh enak tu. Sebenarnya ambo dah berkongsi resepi yang sama sebelum ni, cuma sukatan pudingnya kali ni ambo buat agak tebal dan ini
menambahkan lagi rasa sedap kek ni!

Moh le kita kongsi resepinya.

Bahan asas:

 (A) untuk gula hangus
2 camca besar gula pasir - untuk di buat gula hangus
- Tabur gula dalam loyang dan masak menggunakan api perlahan sehingga gula hancur
   dan warna bertukar menjadi perang.
- Tutup api dan biarkan

untuk puding
1 tin susu sejat
1 cawan susu pekat manis
1 camca teh esen vanila
3 biji kuning telur
3 biji telur ( kuning & putih)

- Campur semua bahan dan kacau perlahan-lahan
- Tapis ke dalam loyang gula hangus tadi dan ketepikan.

(B) merinque
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 camca teh kri of tartar

- Pukul putih telur dengan krim or tartar sehingga berbuih
- Masukkan gula dan pukul menggunakan speed yang tinggi sehingga kembang dan kalo kita terbalikkan
   ianya tak jatuh

(C) untuk lapisan kek
140 tepung kek
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 air masak sejuk
45 ml minyak masak (ambo guna minyak jagung)

- Gula dan kuning telur pukul menggunakan speed yang rendah
- Kemudian masukkan semua sekali bahan di atas dan pukul lagi sehingga sebati

Cara-caranya:

- Campurkan bahan B dan C sehingga sebati dan bahagikan kepada 3 bahagian untuk 3 warna yang disukai
- Masukkan ke dalam loyang puding tadi berselang seli - caranya letakkan di tengah2 loyang.
- Bakar cara double boiling dengan menggunakan api atas dahulu selama 40 minit
- Kemudian api atas bawah selama 30 - 35 minit menggunaka suhu 170 c (bergantung kepada oven
   memasing)
- Bila dah masak, biarkan dulu selama 5 - 10 minit di dalam oven.
- Keluarkan dan biarkan rehat selama 20 - 25 minit dan barulah keluarkan kek.
- Udah sejuk, masukkan ke dalam esbok.


Orait Jah, kek ni kalo di makan sejuk-sejuk barulah sedap! Mengancam Jah. Memang agak rumit sikit
pembuatannya, tapi kalo dah sekali buat, akan buat lagi dan lagi! hehehehhh!!!

Selamat malam Jah...apa drama malam ni?

BUBYE>>>>>>>>
    







0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...