ShareThis

Isnin, 21 April 2014

NASI DAGING SEDAP




ASSALAMUALAIKUM!!

Sayang jauh di balik awan....
wajahmu tetap berseri-seri
laksana bulan
sedang mengambang........!

Mendengar lagu yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri Dr.P.Ramli dan Allahyarhamah Saloma
membuatkan jiwa terbuai-buai. Sungguh merdu dan liriknya sangat menyentuh kalbu!

Jah! Udah lama bebeno ambo tak bersembang dengan mike kan? Semakin di ulit usia tua, semakin rasa
lajunya masa dok berputar. Terkadang rasa macam tak dan (tak sempat) nak singgah di dapur ambo,
nak bersembang dengan mike. Sebenonye bukan tak singgah langsung....singgah tapi sekadar sambil lalu aja Jah!

Wokey Jah....malam nih ambo nak kongsi makanan ruji rakyat Malaysia khususnya orang Melayu! Apa?
Mestilah nasi! heheheheh!!! Sebenonya daku dan nasi tak dapat dipisahkan! ngehngehngeh!!!!!
Kejadian ni berlaku pada Ahad lepas, kiranya kemarin le...itulah...tak tau dah nak masak apa, tengok stok beras ada lagi, dan semua bahan rasa-rasa ada jugak...kompom le ambo nak masak 'NASI DAGING SEDAP' hari ni!

Moh le Jah kita semak resepi 'NASI DAGING SEDAP' yang sangat sempoi buatannya tapi memang sangat sedap......menepati piawaian anak-anak, en suami dan anak tekak ambo sendiri.....!!! hahahah!!
Resepi nih ambo skodeng dari 'kongsi resepi', nampak banyak pengomen..tentu sedap rasanya!

Moh le Jah!!!!!

Bahan asas:

1 kg beras basmathi
1/2 kg daging
1 bungkus rempah sup Adabi
2 camca rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 - 3 biji buah pelaga
Sedikit minyak sapi
1/2 cawan tomato soup
1 cawan susu cair
Sedikit garam

- Daging di potong dan rebus bersama rempah sup, rempah kurma dan sedikit garam
- Setelah empuk - ketepikan
- Basuh beras dan toskan
- Tumiskan halia, kulit kayu manis dan buah pelaga di dalam periuk hingga naik bau
- Masukkan beras dan kacau sekejap
- Masukkan daging dan air rebusan tadi
- Bila beras sudah agak kering, masukkan tomato soup dan susu cair
- Kacau sebati dan biarkan nasi masak

( sukatan air: 1 mangkuk beras bersamaan 1 mangkuk air)

'NASI DAGING' ni sedap kalo di makan bersama air asam. Ambo
makan bersama air asam dan ayam masak merah.

Bahan untuk 'AIR ASAM'

3 biji tomato masak
3 biji cili merah
4 biji cili burung
2 biji bawang pesar
1/2 inci belacan
Air asam jawa (pekat)
Garam ( ikut keperluan)
Gula (ikut keperluan)

Nah! berpeluh anak-anak dan en suami makan!
Moh le Jah kita masak sendiri.....boleh makan ulang-ulang!

BUBYE Jah.....!!!
Ambo nak tengok drama 'Perempuan dalam pasungan' Bestttt!!!








2 ulasan:

suhailas sudin berkata...

Salam akak...saya dah cuba resepi akak..sedap..!!! minta izin copy resepi sis..!!

chumah berkata...

W'salam. Terima kasih kerana menyokong Chumah. Apa yang Chumah kongsi, tentunya dengan besar hati boleh dikongsikan!

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...