ShareThis

Jumaat, 11 Januari 2013

NASI GORENG SEMPOI


ASSALAMUALAIKUM!

Oii nasi goreng
oii bubur kacang
oiii rojak
ooiii nasi
ooii bubur
ooii mi siam!

Ingat tak lagu Allahyarhan Tan Sri P.Ramli yang menghiburkan? Semua yang di nyanyikan (disebut), kita dah biasa makan kan Jah? Apa-apapun....Pekabo Jah? Mesti sihat punyeee....kalo tidak siapa yang nak bersembang dengan ambo kan? Heheheh!!!!

Di luar rumah, en suami tengah dok memerun segala rumput yang di mesin pagi tadi. Sonok le memerun dan membakar sebab di kampung ambo ' loni' ( 'sekarang' maksud ambo), hujan tak turun-turun udah seminggu
rasanya! Halaman rumah kering, tak lecah (lecak) seperti musim hujan yang sudah tentu sentiasa banjir.

Ambo pulak baru selesai menggoreng nasi. Malam ni gamaknya anak-anak dan en suami makan
NASI GORENG SEMPOI ajalah! Cukuplah sekadar nak 'lapik perut'. Kata en suami, kalo tak ada 'tongkat tengah' nak tarik kain selimut pun tak daya! Ngehngehngehhhh...cayalah!

NASI GORENG ambo sempoi aja Jah, sempoi-sempoi pun, licin kuali...maklumlah keluarga 'pemakan'!
Apa di masak semua 'sodap' Jah oooiiii!! Sakit di kaki ambo pulak, udah semakin kureng, jadi setakat nak sediakan 'yang sedang-sedang saja...' . anytime boleh le kan Jah?

Udah dekat Maghrib nih...jom le kita layan NASI GORENG SEMPOI ambo! Heheheh!!!

Bahan asas:

1 mangkuk nasi putih
7 biji cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ekor sotong basah
3 tangkai kacang panjang
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Kicap (pilihan)
Minyak untuk menumis


- Cili kering, bawang besar dan bawang putih dan belacan  - dikisar halus
- Sotong basah di bersihkan dan di potong (ikut suka)
- Kacang panjang di potong halus-halus (anggaran 1/4 inci)

- Tumis bahan kisar - bawang dan cili kering sampai masak (naik bau)
-Masukkan sotong - goreng separu masak
- Masukkan nasi dan kacang panjang
- Perisakan dan goreng sampai masak

Sempoikan Jah...? apa-apapun kita layannnn sampai kenyang!
Ambo nak solat dolu...kita jumpa lagi bila ada kelapangan!

BYE...

1 ulasan:

Yati Yahaya berkata...

lama x makan mee siam. buat la pastu tayang kat sini. suka sgt bukak blog chumah sbb suka lagu background dia

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...