KANGKUNG GORENG BELACAN

  • 9:13 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat malam semua! Moga di malam Jumaat yang indah ni kita beroleh keberkatan.
Kompom mike semua sihat kan?

Malam ni, tetiba aja ambo teringat satu cerita (dok buat mengarut lagi le Chumah nih!)
Tak tau samada dongeng atau juga memang betul-betul terjadi! Iye lah bila ambo nak  'update' kan N3 nih,
ada-ada aja di kepala ambo nih cerita2 dulu! Tapi, ambo sonok kalo berkongsi dengan mike.

Bila ambo masak menggunakan sayur kangkung (yang menjadi feberet anak teruna ambo) ambo teringat cerita dulu yang arwah mak ambo sampaikan pada ambo! Duluuuulah!
Kisah bagaimana susahnya, rakyat jelata di Negara China untuk melihat wajah Maharaja mereka! Mike pernah dengo tak?

Itule, mak ambo kata bila Hang Tuah pegi ke Negara China, dengan taktik 'menipu'nya beliau boleh melihat wajah ensem Maharaja China tu dengan alasan makan sayur kangkung tak payah di potong, tapi makan panjang-panjang dengan mendongak muka ke atas! Hahhahah...dengan cara makan sayur kangkung yang panjang2 tu, dapatlah geng Hang Tuah melihat kehenseman wajah maharaja China tu!

Tu lah 'cerita rakyat' yang ambo dengo dari mak ambo! Geli hati bila mengingat! Aruah mak pun dah lama meninggal. Apa-apapun moh kita berkongsi resepi ' KANGKUNG GORENG BELACAN' yang
memikat jiwa raga ambo ni!

Bercakap tentang ' KANGKUNG GORENG BELACAN' ni, memanglah menjadi 'pujaan hatiku' dan anak terunaku. Wuaaa....semangkuk besar pun boleh habis sekali hadap aja! Itulah penangan kangkungku! wakakawakaka.....!!!

Jangan banyak mengarut Chumah, moh kita berkongsi resepi yang biasa orang buat, tapi macam-macam
'cara' deme memasaknya!

Bahan asas:

2 ikat kangkung
1/2 inci belacan
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit minyak untuk menumis

- Kangkung dibersihkan dan di potong-potong (toskan)
- Bawang besar, bawang putih, belacan dan cabai kecil serta ikan bilis di kisar
-Tumis bahan kisar sampai naik bau
- Masukkan kangkung
- Perisakan dan siap untuk di hidang

Senangkan Jah masakan kangkung ambo nih?
'yang sedang-sedang sajaaaa.....yang sedang-sedang saja!'

BUBYEE...BUBYEEEE!!!



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...