Kek

KEK PUDING KARAMEL (.......lagi...dan lagi...!!)

  • 8:12 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments





ASSALAMUALAIKUM !!


Hambalah ini si anak dagang....ambooiiii
Hambalah ini si anak dagang....ambooiiii
ingin berjasa ala kadarnya
ahai sirih pinang
ahaiii sirih pinanag......!

Itulah lagu dendangan penyanyi M.Daud Kilau!
'Berkilau-kilauan' itulah 'trademard' beliau.
Ambo sesekali 'tersuka' juga mendengar nyanyiannya, tapi kalo melihat liuk lintuk, menggeliat badan...hui.....seksa jiwa! Tapi nak buat lagu mana....udah begitu caranya!

Hahahah...malam ni ambo akan 'berkongsi' resepi 'KEK PUDING KARAMEL' ambo.
Iisssyyyy...bukan ambo punya...tapi ambo minta izin berkongsi resepi dari ANNA QASEH AZZAHRA...sifu kek karamel yang ambo 'tabik spring'!! Ambo suka ikut blog beliau....!!
Minta izin Anna, udah deme ramai dok minta resepi...niat ambo 'berblog' pun sekadar 'berkongsi'
bukan nak tunjuk pandai!

Resepi yang ambo skodeng, ambo mengaku. Tapi, kalo ambo punya, ambo punyalah! heheheheh! Pun tetap ambo berkongsi sebenarnya!

Ini kek ambo buat sempena HARI GURU minggu lepas. Anak ambo bawak untuk di beri 'rasa' pada cikgu-cikgu dia di SMK Dato' Kamaruddin Batu Kurau. Hadiah tak mampu nak kasi, jadi buat kek ajalah makcik nih!!!!huhuhu...sedey lah pulak Jah oooiiii!!!

Okey, jangan pot pet pot pet banyak-banyak, moh le kita berkongsi mata dengan hidangan dan resepi ambo ni.... tentu mike suka kan???

(A)- Gula Hangus

*2 sudu besar gula (untuk gula hangus)
* tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan - bio gula hangus dan tukar
jadi kaler perang
* Ketepikan dulu

(B) Bahagian atas

* 1 cawan susu cair
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 camca teh esen vanila
* 3 biji kuning telur
* 2 biji telur (putih & kuning)

(C) Lapisan kek

* 140 gm tepung gndum (ayak bersama 1 camt. baking powder)
* 70 gm gula kastor
* 3 biji kuning telur
* 135 ml air biasa
* 45 ml minyak jagung
* 2 camca besar susu pekat manis

(D) Meringue

* 6 biji putih telur
* 70 gm gula kastor
* 1 camca teh krim of tartar

- Sediakan bahan A dahulu - ketepikan
- Kacau semua bahan B perlahan2 (jangan bagi berbuih)
- Tapis bahan B ke dalam loyang gula hangus (A) - ketepikan
- Pukul bahan C (campur semua sekali & pukul guna senduk kayu - ketepikan)
- Pukul bahan D sampai jadi kembang (guna speed yang tinggi) & bila kita tuang
ianya tak jatuh (meringue)
- Campur adunan C dan D - gaul hingga sebati dan bahagikan kepada beberapa
kaler yang mike suka
- Masukkan ke dalam loyang yang ada gula hangus dan karamel tadi (A + B)
selang seli kaler - letak adunan di tengah loyang dan adunan tadi akan terapung.
- Bakarlah secara double boiling selama 1 jam 10 minit, kemudian api atas bawah
sehingga kek masak
- Biasanya (kerana xyakin karamel masak) ambo tukar balik kepada api bawah selama
10 minit lagi.
- Bila udah masak angkat dan rehatkan selama kurang lebih 1/2 jam baru terbalikkan kek tadi.
- Simpan ke dalam esbok.....ummmmmmppppp sedap Jah...hingga tak terkata!!!!

Selamat mencuba KEK PUDING KARAMEL yang ambo skodeng 100% ni! heheheheh!
Kita kongsikan Jah...tak baik ' kudukut ' ilmu!!


You Might Also Like

1 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...