Kek

KEK MARBLE SUSU

  • 8:06 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

Taada ilmu untuk 'memarble' kan kek...jadi begini le ghopenye!




ASSALAMUALAIKUM!!!

Ku ciptakan lagu ini
ku persembahkan padamu
walaupun tiada indah
syair lagu yang ku gubah!

Selamat petang Jah! Petang nih ambo tak masak apa-apa....rasa kenyang aja sejak makan tengahari tadi.En suami dengan Aiman taada di rumah, deme ke Taiping selepas Zohor tadi. Tecik Hajar tak berapa sihat, jadi kami dua beranak bermalas-malasan di tempat tidur. Hihihi....best jugak jadi 'ular sawa' nih!

Hari nih ambo nyanyi lagu 'Gubahanku'. Lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia yang comel bernama Anna Matovani. Kemudian lagu ni di dendangkan semula oleh Broery Marantika versi lelaki. Aaum...aum..auuummm aja sora dia! kihkihkihhhh!!!

Petang ni ambo nak berkongsi satu lagi resepi kek dengan mike. 'KEK MARBLE SUSU' itulah namanya. Sedap keknya kerana lemak butter dan susunya! Ambo tak berapa pandai 'memarblekan' adunan. Tapi nak jugak buat. Tak pernah masuk kelas-kelas kek, begini lah rupanya kek. Takdak seni langsung! hahahah!! Apa-apalah Jah kan, janji ada jugaklah rupa keknya! Resepinya ambo ambik dari FB!

Moh le Jah kita selak resepinya!

4 biji telur
250 mentega
230 gram gula halus
2 camca teh ovellate
270 gram tepung kek
60 gram susu pekat manis
2 camca besar sebuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh cappuchino

- Pukul mentega, ovallate dan gula sehingga putih
- Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
- Kemudia masukkan susu pekat dan gaul sebati
- Perlahandakn speed dan masukkan tepung - sebatikan
- bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  1 bahagian tanpa warna dan 1 bahagian lagi campur dengan susu cair, serbuk koko dan
   cappuchino - gaul sebati
- Lenserkan loyang 9" x 9"
- Sudukan berselang seli antara adunan (ambo guna susu makan)
- Bakar 175 C selama  35 - 45 minit


BUBYE.....!!!












You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...