BENGKANG TEPUNG GANDUM VERSI PANDAN

  • 6:10 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments

Sedia untuk menjadi mangsa
Ambo guna loyang 9" x 9"

ASSALAMUALAIKUM!!!

Dimanakah dosa hamba
mengapa begini......
gelap gelita jadinya alam nyata
ku hidup tidak berteman
mungkin selamanya....
keindahan itu bukan milik daku!

Selamat petang Jah! Udah lama bebeno tak berjumpa dengan mike kan? Hari ni ambo nyanyi lagu S.Ahmad . Tak pernah dengar?? Iyelah...mana nak kenal.....ini lagu di awal tahun 70an kalo tak silap ambo. Penyanyinya...itulah yang berduet dengan S.Rohani yang nyanyi lagu 'Aku tak mahu dimadu'. Kalo tak silap ambo, allhyarham meninggal di tahun 70an jugak! Mungkin di akhir 70an. Al fatihah buat Allahyarham, semoa roh beliau ditempatkan disamping roh orang-orang yang beriman!

Petang ni, kampung ambo hujan agak lebat. Tak silap ambo udah berminggu tak hujan. Sampai aja,rumah senyap sunyi. En Suami takada, Si Aiman masih di kedai dia, Si Tecik Hajar pun belum balik dari kedai abangnya. Ambo sorang-sorangle.

Petang nih ambo nak berkongsi dengan mike masakan tok nenek jugak. 'BENGKANG TEPUNG GANDUM VERSI PANDAN' ni ambo buat 2 -3 minggu sudah. Ambo tak rajin nak meng'up-date'
jadi baru hari nih berpeluang. Walopun masakan tok nenek, En Suami dan Aiman amat menggemari kuih nih. Tecik Hajar makan jugak, tapi tak bersungguh...kata orang!

Moh le kita selak resepinya, kalo mike berkenan bolehlah mencuba!

Bahan asas:

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
5 biji telor
2 cawan air pandan ( 10 helai)
4 cawan santan
3/4 camca teh garam
Sedikit kaler hijau ( kalo suka )
Sedikit bijan (untuk tabur)
3 camca makan minyak untuk kilatkan kuih)

- Lenser loyang dengan minyak
- Gaul tepung dengan gula dan garam - masukkan telur
- Blender sebati semua bahan (tapis jika adunan berketul-ketul)
- Tuang adunan ke dalam loyang dan tabur bijan
- Bakar 170 C selama 1 jam (atau sehingga masak)
- Seteah masak, biarkan sejuk barulah di potong


Mike tau Jah, memang sedap bengkang nih, wangi pandannya membuat hati tergoda!
Wakakawakaka...!


BUBYE.....BYBYEEEE!!!
    

You Might Also Like

1 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...