ShareThis

Rabu, 21 Januari 2015

APAM KAMPUNG






ASSALAMUALAIKUM!!!

Bertahun berlalu bersamamu
menempuh dugaan cinta syahdu
bahgia derita di sampingmu
tanpa ku rasa jemu....!

Salam rindu pada mike Jah! Pekabo mike? hihihi..dah lama tak bersembang-sembang manja dengan
mike, petang nih ambo muncul semula.

Menyanyi lagu Dato' DJ Dave, membuat jiwa terasa pilu. Aluhai Jah...petang-petang begini, jiwa terbuai-buai. Sebenonya, ambo membesar dengan lagu-lagu nyanyian Dato' DJ Dave. Nyanyi 'kok kiak...kok kiak' pun lagu DJDave le! Itulah zaman remaja ambo! heheheheh!!!

Sekarang ambo dah tua, jadi apakata kita berkongsi satu lagi resepi orang tua...makanan tok nenek le Jah oooiii!!! 'APAM KAMPUNG' nih menjadi kesukaan En suami dan anak teruna ambo. Deme kata
sedap! Wooiii...sempoi macam nih deme kata sedap! Tak tergoda ke Jah?

'APAM KAMPUNG' nih ambo menggunakan acuan 'kuih puteri ayu' biar nampak comel sikit.
Wangi pandannya memikat hati dan membuatkan tekak rasa nak cepat-cepat mengunyah aja!

Moh le Jah kalo mike dah tergoda!

Bahan asas:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan air (kisar dengan daun pandan)
1 camca teh (penuh) yis kering (ambo guna mauripan)
 4 helai daun pandan
Sedikit kaler hijau
Kelapa parut  campur garam halus secukupnya (kukus)


- Satukan semua bahan dan perap selama 2 jam
- Sapukan acuan dengan minyak
- Panaskan pengukus dan tuangkan adunan ke dalam acuan
- Kukus selama 15 minit
- Setelah masak, keluarkan dan letak kelapa parut di tengah acuan
- Sedia untuk di hidang

'APAM KAMPUNG' nih kalo di regukan dengan kopi panas, memang sedap ni Jah.
Berbaloi kalo kita membuatnya sendiri sebab.....sebab...bolehlah makan lebih sikit! hihihi!!

BUBYE.....BUBYEEEE....!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...