SAMBAL TOK TOK

  • 8:15 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments

SAMBAL TOK TOK ...hitam bukan sebarang hitam tauuuuu!!!!

ASSALAMUALAIKUM!!

Jikalau tidak kerana sayang
kuntuman kasih tak mungkin kembang...!!

Sekali lagi kita berjumpa. Udah lepas Maghrib nih, kita sembang-sembang lagi.
Mike pernah dengar tak lagu 'Itulah Sayang' nyanyian duet suami isteri Allahyarham A.Ramli
dan Maria Bachok? Sedapkan lagu tu! Bila dengar lagu cintan cintun kedua-dua suami isteri nih,
tak sangka perkahwinan deme berdua berakhir dengan perceraian kan? Itulah jodoh namanya!
Memang jiwa rasa pedihkan Jah?

Kerana 'rasa pedih' lah membuatkan ambo masak satu jenis sambal yang sangat sedap nih!
Pedas! Pedas!. bagi yang tak tahan pedas, terasa 'berdengung' telinga! Berasap wehhh!!!
Tapi ambo kata 'gerenti' sedap! (Jah..kalo mike nak tau orang kampung ambo bhasakan 'pedas' sebagai 'pedih')

SiTecik Hajar kata sedap! Mintak buatkan lagi. Ingatkan tahan le 2 -3 minggu, rupanya tak sampai 2 minggu habis di bahamnya! 'SAMBAL TOK TOK' nih kalo betul cara masaknya tahan berbulan, apalagi kalo kita simpan dalam esbok!

Nak resepike Jah, moh le kita kongsi. Ambo suka yang sempoi-sempoi, apalagi sakit kaki ambo ni sekarang sangat kerap denyutnya!

Bahan asas:

1 mangkuk cili melaka
1 mangkuk bawang besar
1 mangkuk ikan bilis atau udang geragau
2 - 3 keping asam gelugur (asam keping)
Sedikit garam
Sedikit perisa

- Semua bahan di kisar
- Panaskan sedikit minyak
- Masukkan semua bahan dan goreng sehingga kering seperti serunding
- Sejukkan dan simpan dalam esbok


SAMBAL TOK TOK ni makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun udah menyelerakan!
Anak ambo Tecik Hajar gaul dengan nasi....itu yang tak tahan lama tu!


BUBYE Jah....ada masa terluang esok kita jumpa lagi!



You Might Also Like

1 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...