PUDING CINCAU BANDUNG

  • 8:54 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

Ni 'wajah' sebelum pembedahan!
Tarrrraaaaa...dah di bedah!
Siap untu di luncer ke anak tekak!
ASSALAMUALAIKUM!!!!

Dengarlah bisikan hati
untukmu yang tersayang
walaupun apa terjadi
tiada perpisahannn!

Besok hari Senin (Isnin). Wuuuaaaaahhhhh! Malasnya makcik!
Nak hiburkan hati yang tengah malas nih, kita nyanyi lagu dendangan Allahyarham Datuk Syarifah Aini yang lemak merdu tu! Ambo suka sangat suara beliau yang sukar di cari ganti. Merdu sungguh!
Nyanyilah lagu apapun, mesti, ambo suka punya! lagu keroncong ka...lagu asli ka...lagu pop ka.....
semua beliau dapat nyanyikan  dengan baik sekali. Lemak merdu suaranya!

Bercakap tentang lemak nih, mau ambo tayang satu lagi resepi dengan mike semua. 'PUDING CINCAU BANDUNG' ...itulah nama yang diberi. Resepi nih dok lalu kot 'wall facebook' ambo.
Geram tengok 'wajah'nya yang molek gitu, hari nih ambo pun mencoba. Alhamdulillah...rasa-rasa ambo menjadilah jugak! hihihihhh! (ini kes masuk bakul sendili angkat llhhrroooo!!!)

Minta maaf bebanyak le pada yang empunya resepi.'.Resepi Kuih Raya Turun Temurun', kerana ambo dah mengubah mengikut keperluan dan bahan yang ada di rumah ambo! Dalam hujan pun siot (syok) makan puding-puding nih!
Sejuk aja meluncur di anak tekak! Tak terliur ke Jah? Oooooo kalo terliur moh le kita selak resepinya! Senang aja Jah membuatnya sebab puding nih tak menggunakan bahan yang pelbagai.

Itu le sebaba ambo suka....pemalas macam ambo memang sukalah resepi yang ringkas-ringkas nih!
kuangkuangkuangggg!!!

Moh le kita selak resepinya!

Bahan asas:

Bahan A
37 gram agar-agar tali
5 gelas air
1 1/2 cawan gula pasir
(bahan di atas masak hingga larut)

Bahan B:
2 camca besar tepung jagung
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat manis
Sedikit esen vanila
Secubit garam
(bahan di atas kacau sebati)

Bahan C:
1 1/2 cawan cincau (disagat)

Bahan D:
Sedikit pewarna merah

- Bila bahan A telah larut - masukkan bahan B
- Setelah mendidih - tutup api dan bahagikan kepada 2 bahagian
- Satu bahagian letak pewarna merah
- Satu bahagian lagi letak cincau
- Masukkan 1/2 dari bahagian merah ke dalam acuan - bekukan
- Setelah beku - cakarkan menggunakan garpu
- Masukkan pula bahan cincau dan bekukan
- Setelah beku - cakarkan dengan garpu
- Akhir sekali masukkan lebihan bahan pewarna merah tadi
- Sejukkan



Eerrrrrmmmm...sejuk aja bila potongan-potongan


puding nih melalui anak tekak ambo!
Sedap Jah...mike boleh coba!

BUBYE......BUBYEEEEE....!!!!





You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...