Kek

KEK MINYAK

  • 7:19 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

kalo di letak setompok-setompok...beginilah rupanya kek!



ASSALAMUALAIKUM!!

Diremang senja ku terkenang dikau
wajahmu menjelma dalam hatiku.......!

Jam di skrin ambo menunjukkan angka 6.53 petang (malam?)  Saja-saja dok tunggu Maghrib masuk,
ambo try-try intai blog ambo yang dah lama tak ambo jenguk nih! Di luar rumah , hujan turun renyai-renyai. Itu le sebab ambo dok nyanyi lagu Allahyarham Latif Ibrahim tu! Lagu 'NORA' yang ambo tak berapa perasan lagu dari filem apa. Dalam filem nih Allahyarham dok bercintan cintun dengan Allahyarham Syarifah Aini. Hehehehhhh..tu dia mukadimah ambo kali nih!

Dah sebulan lebih gamaknya ambo tenggelam dari blog nih.... Sekali sekala ambo timbul ambik nafas! Anak ambo Sitecik Hajar pun dok tegur ' Ghokpa (kenapa) mak dah lama tak tulis resepi?
Iyelah jugak lama benor ambo tak update. Tengok album gambor....berderet gambo..tapi malazzz le gamaknya kan Jah! Mengaku ajalah makcik, jangan dok buat alasan!!! ngehngehngehhhh!!

Malam nih ambo nak kongsi resepi KEK MINYAK pulak dengan mike! KEK MINYAK nih ambo buat dah 2-3 bulan atau jugak 5-6 bulan yang lepas. Tak apa, walopun keknya entah di mana (?) tapi.......kerana ambo jarang terlupa snap gambornya...adalah wajah keknye yang jadi kenangan!
Tak gitu Jah?

Toksah dok tunggu lama-lama....moh le kita selak resepinya yang sangat sempoi!

Bahan asas:

5 biji telor
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder (ayak bersama tepung gandum)
1 cawan susu pekat
1 camca besar ovallate
1 cawan minyak masak
pewarna yang mike suka

- Pukul telor bersama telor dan ovallate swehingga kembang
- Masukkan susu pekat dan pukul lagi
- Masukkan minyak masak
- Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan sebatikan
- Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan
- Lenser loyang dengan mentega atau minyak dan alaskan dengan kertas kek
- Tuang adunan setompok-setompok berselang seli pelbagai warna
- Bakar 170 C selama 45 minit
- Dah masak, sejukkan dan bolehlah di hidangkan


Kalo berkenan bolehle coba...kek nih sangat gebu dan kalo pekena dengan teh suam
memang terangkat le!

BUBYE....BUBYEEEE!!!





You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...