BENGKANG UBI

  • 5:46 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMUALAIKUM!!!

Sukarnya mencari
kawan yang setia
yang sanggup menolong
di masa kau susahhhh!

Petang-petang lagu(macam) nih kita nyanyi lagu Datuk D.J.Dave pulak! Lagu ni memang menjadi kesukaan ambo....dari dulu sampai ke loni (sekarang)Suara atuk D.J.Dave pun sedap jugak walopun
suaranya kadang-kadang macam 'berombak' sikit! heheh...!!!

Hari nih ambo cuti.....haaa...tu la sebab awal-awal dah boleh sembang dengan mike! Cuti bukan sebarang cuti...ambo sejak kebelakangan nih selalu sakit kaki dan sakit belikat. Memang le ambo ni
dah 'overdose'! hikhikhik....tapi ambo rasa orang lain pun 'ter'lebih juga seperti ambo, taada pun sakit kaki! Ooooohhh! takpa...takpa...ambo masih boleh berjalan lagi walopun tak 'secergas' dulu! Tak gitu Jah???

Hari nih di kampung ambo ni (Kampung Anak Kurau) suasana masam mencuka! Mendung aja dan sesekali rintik-rintik hujan turun! (penggunaan ayat yang tunggang terbalik!) Tadi ambo ke klinik, dapat le MC 2 hari...cuti 2 hari pun kalo kaki tangan sakit, takda makna jugak kan (nak perah nyioq pu tak daya kata orang) Jadi ambo rehat sepanjang hari. Besok, selepas Subuh ambo pegi berurut!

Kalo begitu, kita kongsi lagi satu resepi tok nenek. 'BENGKANG UBI' nih ambo buat dah lama dah. Rasa-rasanya dah sebulan lebih! itu le tekak teringin nak makan, ramah-ramahkan mulut bertanya pada sepupu, diapun bagile 3 ketul ubi kayu yang baru di gali. Itule jadi 'BENGKANG UBI' nih!
Udah masak, suam-suam ambo potong bagi sepupu rasa, Tanda terima kasih pada yang memberi kan Jah! Orang berbudi kita berbahasa!

Moh le kita kongsi resepi...ubi ni ambo potong kecik2 dan blend aja (pemalas betul makcik nih...nak senang aja!) Itule dapat samapi 61/2 cawan...jadinye resepipun ikut ubi yang ada! hihihi!

Bahan asas:

6 1/2 cawan ubi (toskan dan ambil sagunya untuk di gaul bersama parutan ubi)
4 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

- Campur semua bahan dan masak sebentar di atas api
- Lenserkan loyang dengan majerin
- Bakar sehingga masak -
- Sudah masak - kelurkan dan sapu permukaan bengkang dengan majerin
- Bakar lagi sehingga betul-betul masak / garing
- Masak - sejukkan barulah di potong

catatan:
 ambo menggunakan suhu 175 c selama lebih kurang 1 jam


BUBYEEE......hujan dah mula turun!




You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...