ShareThis

Isnin, 29 September 2014

BISKUT MAKMUR

macam barisan askar pulak ambo atur biskut nih! hihihihih!!!
ASSALAMUALAIKUM!


Sungguh gemilang negeriku
yang ku puja oh tanah airku
di merata dunia
harum semerbak namamu oh Malaysia

aman makmur kaya raya
selama-lama hidup maju jaya
kau tanah pusaka
negeriku yang berdaulat
dan merdeka!

Terbayang-bayang wajah penyanyi yang menyanyikan lagu nih di salah satu show di TV1 yang ketika itu masih bernama RTM1. Ya...Julie Sudiro...itulah penyanyi yang ambo maksudkan!
Getar suaranya menaikkan semangat kecintaan pada negara kita!

OOoooooo menyanyi lagi ye Chumah! hihihi....Jah ...ambo nyanyi sekadar menghiburkan hati!
Nyanyi-nyai kecil gitu, dalam bilik air ke....di belakang rumah ke.....saja-saja nyanyi!
Teringat lirik lagu nih, terkenang pulak satu jenis biskut raya yang ambo buat semasa raya tempoh hari!

Apa dia Jah?  Ya...mestilah 'BISKUT MAKMUR' yang enak dan gebu tu! Biskut MAKMUR ni
sekarang dalam kategori biskut tradisional lah kan Jah! Agaknya biskut ni hanya makcik-makcik aja yang gemo (suka)! Haddooooiiii...apa-apa ajalah..janji ambo suka!
PPppsstttt! tapi biskut ni sangatlah digemari oleh anak teruna ambo...Si Aiman tu! Tapi SiTecik Hajar
tak berapa gemo!

Apa-apapun moh le kita semak resepinya, mana tahu esok lusa kita terhengen nak membuatnya!
Moh le kita!

Bahan asas:

2 cawan tepung gandum (di goreng tanpa minyak) - sejukkan
1 cawan butter (di cairkan)
Gula halus ( untuk salutan)

untuk inti:
1/2 kg kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar sedikit kasar)
Susu pekat manis secukupnya

- Tepung yang di goreng - masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan butter yang di cairkan
   agak-agak suam kuku
-  Gaulkan sehingga menjadi doh
- Kacang tanah yang di kisar gaul bersama dengan sedikit susu pekat dan di gentel untuk jadi inti
- Ambil doh sebesar ibu jari dan letakkan inti kacang tadi
- Bulatkan atau buat bujur (ikut kesukaan mike)
- Buat sehingga habis dan bakarlah selama 10 - 15 minit pada suhu 170 c
- Setelah masak, biarkan sekejap (agak suam-suam) bolehlah di golek pada gula halus
- Letakkan dalam cawan biskut.

catatan: Jika doh agak 'seroi' (kering) bolehlah di tambah dengan sedikit minyak masak

Boleh coba kalo mike mau, ambo dah mengantuk nih!

BUBYE Jah...kalo ambo ada kelapangan, kita sembang lagi esok!
-

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...