ShareThis

Selasa, 23 September 2014

ASAM PEDAS DAGING TETEL


ASSALAMUALAIKUM!!

Dengarlah bisikan hasrat hati
yang merindu menjelma kembali
ingatanku yang telah lalu
bersama berjanji
sehidup semati......!

OOooooouuuuhhhh!!! Merayu-rayu le pulak ambo malam nih....!
Ambo suka lagu-lagu nyanyian Allahyarham Datin Rafeah Buang nih. Bagi ambo Allahyarham seorang wanita yang sangat menjaga pekerti sebagai wanita timur. Sebenarnya ambo sangat menyukai personaliti beliau. Sumpah!!!

Udah lewat bebeno ambo nak mula sembang dengan mike! Jam di skrin menunjukkan angka 9.29 malam. Kalo duduk di kampung nih, waktu begini dah rasa lewat malam sangatle! Mata ambo pun
udah pedih menahan rasa mengantuk. Ngehngehngeh!!!

Moh le Jah kita semak resepi 'ASAM PEDAS DAGING TETEL' ambo nih. Ppppssstttt....! orang kampung ambo tak panggil; 'daging tetel' tapi deme kata 'daging nombor dua'! Hahahahahhh!!
Daging tetel nih kalo masak sup pun sedap Jah!

Takpa kali ni ambo berkongsi 'ASAM PEDAS DAGING TETEL' lain kali kita berkongsi
sup daging tetel pulak!! Masakan asam pedas memang sedap, tak jemu walaupun dimakan setiap minggu!

Moh Jah kita selak resepinya!

Bahan asas:

1/2 kg daging tetel (biasanya di tempat ambo udah siap di potong-potong)
2 senduk cili kisar
*2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 camca teh jintan manis
*5 batang serai
*1/2 inci belacan
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula ikut keperluan
Daun kesum
Minyak untuk menumis

- Daging di bersihkan dan di tos
- Kisar halus bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak
-Tumis bahan kisar dan cili hingga garing dan naik bau
- Masukkan air secukupnya dan daging serta garam + gula
- Masak hingga daging empuk kemudian - masukkan air asam jawa
- Masukkan daun kesum
- Dah masak bolehlah di hidangkan

Catatan:

Kebiasaannya, ambo akan menggunakan sesenduk tepung gandum untuk membersihkan daging.
Cara begini ialah untuk mengelak bau daging yan hamis.

ASAM PEDAS DAGING TETEL ni sangat sedap kalo dimakan dengan nasi putih panas-panas. Biar berasap telingan, baru mengancam!

BUBYE Jah...ambo dah nak tidur, nanti ambo mimpikan mike ya!!!!


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...