ShareThis

Ahad, 28 September 2014

BISKUT KACANG MINYAK SAPI


ASSALAMUALAIKUM!!


Kerana kau
ku masih di sini
kerana kau
ku bisa menangis
dan kerana...............!

Pekabo kamu Jah? Sihat? Alhamdulillah..mike sihat, tapi ambo malam ni dok rasa sakit pinggang
le pulak! gamaknye petang tadi dok pulun menggoreng rempeyek! Tapi bagai di nyanyi oleh Alleycats le...keran mike ambo masih di sini....!~ Walopun pinggang ambo ni perit rasanya...tapi, tetap bertahan sebab  nak mencuri sedikit masa untuk bersembang dengan mike!

Tak lama lagi, kita akan menyambut Aidul Adha.Semoga dipermudahkan segala urusan haji pada para tetamu ALLAH dan mendapat haji yang mabrur! In Sha ALLAH!!!

Malam nih ambo nak berkongsi dengan mike satu lagi resepi biskut. 'BISKUT KACANG MINYAK SAPI'  nih ambo buat semasa raya puasa temph hari. Baru loni (sekarang0 ambo berpeluang untuk berkongsi dengan mike.

Nampaknya ambo tak boleh berlama-lama dengan mike, moh le kita selak resepi 'BISKUT KACANG MINYAK SAPI' nih sebab nanti ambo nak 'betulkan' pinggang sat (sekejap)!!! ngehngehngehhhh!!!

Moh le kita!

Bahan asas:

300 gram minyak sapi
300 gram gula perang (tapi ambo guna gula kastor aja)
300 gram kacang tanah
250 gram tepung gandum
250 gram tepung jagung
100 gram tepung kastad
3 camca teh mentega
3 biji telor
1 camca teh esen vanila (ambo tak letak, sebab aroma minyak sapi tu dah menawan sukma)

Hiasan:
2 kuning telor dan kacang besar (putih)
(ambo cuma sapu kuning telor sahaja)

- Satukan semua tepung
- Sebatikan mentega, minyak sapi dan telor
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan
- Turap menhikut acuan yang di sukai
- Sapukan kuning telor dan kacang putih
- Bakar selama 10 - 15 minit
   pada suhu 170 C


Selamat mencuba pada yang berkenan...!

BUBYE Jah....!






0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...