Biskut Raya @ ko gyaya chumah

  • 7:41 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM.

Bejupa lagi kita kali ni yeaaa! Apa kabo? Sihat? Alhamdulillah! Seronoknya ambo dengar semua nya sihat.
Ambo? Alhamdulillah! Sihat sokmo!

Duduk saja-saja ni teringin pulak nak bersembang-sembang dengan muma semua! Rindu le katakan..... rindu sebab lama dah tak menulis! Hari raya dah lama lepas, tapi kok di bandar-bandar dan kawasan kejiranan, raya nampaknya masih meriah! Yelah Raya minggu pertama, deme semua balik kampung beraya dengan ibu ayah dan sedara mara, loni deme balik beraya dengan sahabat handai dan jiran tetangga lah kan?

Ambo ni bukan apa....saja nak berkongsi mata dengan muma semua dengan biskut raya ambo di tahun nih! Geram nengok Cik Mat Gebu yang sangat rajin tak padan bertitle lelaki, Pn Azlita takpa lae juga orang pompuan! Heh....heh...heh....! Ambo sangat suka melayari blog masakan deme ni! Kerana tulae susah payah sibuk ngan kerja pun ambo buat jugak biskut, tak kesahle rupa buruk pun, asal air tangan kita sendiri! Puas hati akak!

Wow....sungguh menjimatkan! Ambo buat 7 jenis biskut raya, lemang semestinya ditempah sebelum puasa! keh...keh...keh! Siapa lagi sipembuatnya kalau bukan Mak Lang Munah!
Biskut raya ambo tu ambo mulakan dengan turutan semasa mabo membuatnya okey!
Almond London, biskut mazola, Semperit, Tat Nenas Gulung, Suji Brunei, Biskut Arab @ makmor dan yang terakhir ialah Cornfleke Madu.Yeah.....! Ambo sungguh 'gumbira' kerana
biskut ambo soldout!

Yeahhhhh! kita berkongsi melihat ko (biskut) tak berapa nyantik ni....!

Assalamualaikum !













You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...