LOGHAT PATANI AMBO

  • 6:17 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 6 Comments

Assalamualaikum!


Kerana sayangkan kapong, sayangkan bahasa dan demi kasih sayang ambo pada anak2 ambo adek beghadik suku sakat klorga jauh dekat, ambo pong ghasa nak 'transelek' bahasa kapong ambo yaitu bahasa patani Batu Kugho @ Anak Kugho untuk rujukan anak2 ambo paksei dema kho dok lupa dah bahasa (loghat) patani kita dih!

Mukeng dema malu bila becakaek guna loghat kapong, gi sekolah menengah Tok Mudeng jey, dema dah lupa loghat kapong, lidah dema dah tak ghasi dah nak guna bahasa kapong, apalagi hat dok di banda besa! Lupa teghuh lae bahasa kapong kita!

Kalu lagu ni ambo ghasa kagong (kagum) suggoh lae dengan oghang kelatan, gi mana pong dema megah dengan loghat dema. Sebaek tu lae ambo pong nak buat kamuh (kamus) bahasa kita, bahasa ambo......! Kok hat mana lupa, sekali sekala kalu kelik kapong buleh lae jugak rujuk dih!


1. Loghat: Jukey Erti: hujung seghambi contoh ayat: eiiii! ghokpa mu dok dijukey, satgi jatuh ke tanah baghu thu!
2. Loghat: Ghokpa Erti: Kenapa contoh ayat: Ghokpa semalaeng mu tak maghi ke ghumah ambo?
3. Loghat:Muma Erti: awak semua contoh ayat: Muma ni tak mboh denga kata oghang lasong nih!
4. Loghat:Dema Erti: Mereka contoh ayat:Dema thu dak muma nak gi maning (mandi) di sungei?
5. Loghat:Baley Erti: Biarkan contoh ayat:Baley gi ke dema lae, dema nak kata ke kita nak wat gena
6. Loghat:Geyna Erti: Amacam contoh ayat:Geyna mu loni? Sehat kae?
7. Loghat:Sekeleng Erti: Sengaja contoh ayat: Mu sekeleng dok kata ke ambo, oghang maghah dah!
8. Loghat:Tecetok Erti: Terduduk contoh ayat: Dia jatoh tecetok bila denga haba chey dia mati!
9. Loghat:Chey Erti: Datuk lelaki contoh ayat: Chey mu nama apa?
10.Loghat: Mu Erti: Awak contoh ayat: Mu nak gi mana dey?
11.Loghat: Ciding Erti: Jerat contoh ayat: Kulok tahaeng ciding dalam hutaeng nunggggg!
12. Loghat:Ko Erti: Biskut contoh ayat: Ghaya tahong ni mu wat ko banyak dak?
13 Loghat:Tekatey Erti: Terbeliak Contoh ayat:Tekatey butey mata awang paksae tetelan biji getah!
14.Loghat: Peghiyek Erti:Cemburu Contoh ayat:Mu ni dok peghiyek sangat ke laki mu!
15.Loghat: Hanik Erti: Lelah Contoh ayat: Budak ni ada penyakik hanik!
16.Loghat: Hinik Erti: Goyang2 kayu Contoh ayat: Mu toksah lae dok hinik kayu tu, satgi patah tipa ambo!


Okey lae....setakat ni dulu ambo tulih haghi ni.....ambo kena dok pikey2 lagi, dok teynang2 lagi apa lagi pekataan2 hat tok chey kita guna dih! Ni sekadar rujukan ambo ngan anak2 ambo, kok kalu muma sudi nak thu, tak jadi masalah pada ambo, kita bekosi lae dih....bahasa ibonda kita.

Assalamualaikum!




You Might Also Like

6 comments

  1. Tabik buat Chumah kerana saye bahasa kapong....kalu kita tak jago sapo lagi,lamo2 buleh pupus sapai anok cucu pun tak kenal...

    BalasPadam
  2. Tima kasih lae ke mu...sama-sama lae kita jaga kalu buleh ambo tak mboh bagi pupuh bahasa patani ni...!

    BalasPadam
  3. Salam chumah..

    Terima kasih. banyak ilmu saya dapat dari blog ni.
    Cuba cek entri saya mengenai loghat patani kita..

    terima kasih..

    http://donlaurel.blogspot.com/2013/01/dialek-melayu-patani-kedahperak-utara.html

    BalasPadam
  4. Slm Chu mah, sekalung Tahniah dari ambo, teghusla berusaha memartabatkan bahasa warisan tok nenek moyang kita sape bila-bila...

    semua warih titih pakak kena sokong usaha molek lagu ni.

    BalasPadam
  5. Wah...k.min...congrats dari saya. Baguihla org tukugho leh ada dictionary sendiri. Saya suka usaha murni k.min anak beranak. Keep up the good work.

    BalasPadam
  6. saya sokong mempertahankan bahasa Melayu di bumi Pattani......salam dari Indonesia

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...