MEE REBUS

  • 8:01 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments




ASSALAMUALAIKUM!

Matahari bangunlah
indahkan hari ini
kau perlu hidupkan semula
mimpi kami

Matahari bangkitlah
indahkan hari ini
kau perlu hidupkan semula
cinta kami!


Hehehehhhh...hari kedua dalam tahun 2014 ambo bersembang dengan mike! Ooooouuuu!!!
lamanya Chumah ambil masa nak bersembang!! Tak tau le, udah naik bersawang dapur ambo nih!
Tapi sekali sekala bersembang dengan mike...ambo jadi muda! Macam tu kah????
kuangkuangkuangggg!!

Amati lirik di atas...bertenaga...mengharap..  dan penuh rasa kasih sayang! Hafiz nyanyi memang sedap!
Dia salah seorang penyanyi muda yang ambo minat! Oooppppsss! udah tua Chumah...! Tak apa...tak apa
sekadar minat dan mendengar tak salahkan....?

Kita tinggalkan kisah di atas, niat ambo nak berkongsi resepi dengan mike! Nak ke? hihihi...
Kali ni ambo nak berkongsi resepi 'MEE REBUS' pulak! Memang sedap, memang enak!
Berbaloilah ambo membuatnya!

'MEE REBUS' ni menjadi kesukaan anak-anak dan en suami. Buat sendiri boleh makan ulang-ulang dan yang penting boleh le makan 'banyak'! Hahahhh...Ngko gelak Jah???
Oohhhh!!! jangan buang masa Jah, moh le kita selak resepinya!

Bahan asas:

1/2 kg daging segar (rebus kemudian barulah di potong nipis)
1/2 cawan udang geragau (goreng sekejap dan kisar halus)
5 camca besar cili kisar
3 camca rempah kari daging
3 ketul ubi keledek (sebesar penumbuk)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
3 batang serai (dititik)
9 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:

3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci hali
1 inci lengkuas
2 biji buah keras

Bahan hiasan:

6 keping taufu (goreng dan potong dadu)
3 pokok sawi hijau
1 mangkuk taugeh
1 pokok daun bawang
5 biji telur rebus (belah dua)
5 biji cili hijau & merah ( belah dan potong)
Bawang goreng

- Kupas keledek - potong kecil-kecil dan rebus kemudian kisar sedikit kasar - ketepikan
- Panaskan minyak - tumis serai dan bunga lawang sehingga naik bau
- Masukkan bahan kisar bersama cili kisar - tumis lagi sehingga garing dan naik bau
- Masukkan udang dan sebatikan sehingga naik minyak dan berbau wangi
- Masukkan air dan rempah kari
- Setelah mendidih masukkan keledek yang telah di kisar tadi bersama daging
- Masukkan air asam jawa
- Perisakan bersama garam dan gula
- Sesuaikan air dengan kepekatan kuahnya
- Didihkan lagi kuahnya sehingga agak pekat (mengikut citarasa masing-masing)
- Angkat dan bolehlah di hidangkan

Resepi ni ambo dapat semasa bw dan terjumpa dari Rancangan Masakan Sajian Kontamporani Chef Riz
Skit sebanyak ambo ubah mengikut kesesuaian rasa ambo. Dalam resepi asal deme letak 1 camca serbuk ketumbar dan 1 kiub daging!

Wokey Jah kalo nak cuba..teruskan! Tapikan kalo sindili masak...wuntung maaa!!

BUBYE.....BUBYE!!!
Jumpa lagi!!!!



You Might Also Like

1 comments

  1. Nice post, Thanks for your very useful Information, I will bookmark for next reference

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...