ShareThis

Rabu, 3 Februari 2010

Petua oghang kapong.....

Assalamualaikum.

Ghasa ghajeng pulak ambo haghi ni. Bukaeng apa saja nak bekosi (berkongsi) petua haek ambo dapat. Kok kok muma sekali sekala kelek kapong atawa jugak ada haek yang penyakik nak kho maghi dalaeng badan muma.... kita pakat2 kosi dan coba ambo punya petua dih!
Selamat mencuba dan lagi kena lae ghajeng sikik berusaha.......!

1. Untuk menghilangkan lendir mata:

Ambik sehelai daun sirih, ramas dalam air, celikkan mata dalam air selama beberapa minit, memang muma akan rasa sedikit pedih, tapi insyaallah berkat Bimillah dan selawat, muma akan rasa mata muma sedikit selesa.

2. Kencing manis:

Rendam kacang bendi (oghang kapong kita kata kacang lendey) dalam air, bangun pagi esok baru minum.

3. Menyembuhkan luka:

Orait! yang ni bagi muma yang kelek kapong sekali sekala masok hutan.
Kalau terluka (bukan yang teruk lae) ambil pucuk getah, gumpal-gumpal dan tampalkan di tempat luka tadi. Kalau susah sangat sebab pucuk getah kot-kot tinggi, muma ambik le daun selaput tunggul ke atau jugak pucuk keladi, buat macam di atas. okey?
Tapi kalu soami ambo, dia senang jey, tuang minyak petrol kat tempat luka, dan dan beghenti darah dan memang cepat sio (baik) heh...heh...heh. Pedih toksah dok hingat lae!

4. Darah tinging (tinggi)

Pucuk manggis dua tiga helai, rebus dari tiga gelas jadikan 1 gelas. Minum 3 bulan sekali.
Jangan selalu minum, takut nanti dare jadi cair sangat, nanti dare tinging jadi dare rendah pulak!

5. Ayam patah:

Haaa.... yang ni untok otai-otai yang memang menetap di kapong lae.... yang dok bela ayam!
Kalu ayam muma patah (selalu pong tetu lae kaki dih) ambik kulit batang keladi, balut ditempat pata, sure esok muma tengok kaki ayam tu baik, tak dak dok bejalan congek dah!

Banyak ni lae dulu petua haek ambo buleh kosi dengan muma, laing kali ambo tulih lagi, especially untok oghang tina....kuang...kuang...kuang.

Jupa kita di laing masa..... wasallam.


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...