Nangka Mousse Cake
-
[image: Nangka Mousse Cake]
* Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pagi² buta ni baru sempat
nak update resepi kek nangka ni. Sebab banyak sangat...
LIMA BELAS MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA
- 11:12 PG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
Assamualaikum.
Daripada Ali bin Abi Talib Rodiallahu Anhu, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
Apabila umatku membuat lima belas perkara maka bala pasti akan turun kepada mereka itu:-
1. Apabila harta negara beredar pada orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawan-kawannya.
7. Dan ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka
10. Seorang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis di sanjung-sanjung
14. Muzik (bunyi-bunyian) banyak dimain-mainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan generasi pertama (sahabat)
Maka ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan
dirubah menjadi makhluk lain.
Hadith Riwayat Tarmizi
Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W.
Cuma masih belum sampai ke peringkat akhir.
Madrasah haji Lodin,
Changkat Jelutong, Changkat Perah,
34500 Batu Kurau.
Assalamualaikum.
Apa haba muma loni? sehat kae?
Lama ambo tak menulih dih!
Kadang kalu ambo banyak keja, tapi oghang lheing pong sebok gak!
Malas lah kok dih?
7.1.2011 - aruah mak yang ambo kasihi genap 10 tahong telah meninggalkan ambo,
beliau gi mengadap panggilan ilahi setelah semingung sakik di kala berumor 86 tahong.
2.2.2011 - Anibesari pernikahan ambo.
Dah 22 tahong ambo hidok bersama. Banyak susah daghi senang tapi alhamdulillah kami tetap bahagia. Soami ambo tak banyak keghenah. Ambo dok selalu bedoa pada Allah s.w.t baley lae
ghumah tangga ambo ni kekal sapey hujung nyawa ambo. Dia soami hat ambo kasihi!
12 RABIULAWAL 1432H
Hari ni kita umat Islam di seluruh pelusuk alam menyambut hari kelahiran Junjungan Besar
Nabi Muhammad s.a.w.
Hari ini juga baginda wafat dan meninggalkan kita umatnya dengan kasih sayang dan berharap agar kita hidup dengan menegakkan syiar Islam dan mengamalkan sunnahnya.
Baginda menanti kita di SANA dengan kasih sayangnya.
Marilah kita mengamalkan ilmu dan sunnahnya dan kita menjadi umat yang dinanti oleh Baginda!
Salam Maulidur Rasul buat seluruh umat Islam yang ku kasihi. Kita semuanya bersaudara!
19 JANUARI 2010
Selamat hari Lahir sayang! Moga anak mak terus menjadi hamba Allah yang soleh, di sayangi oleh semua orang - kawan, guru, jiran, kenalan dan semua!
19 Januari 1992 - 19 tahun yang lalu, Aiman selamat di lahirkan dengan penuh rasa syukur dan bangga. Setelah bertahun menanti, mak bangga menjadi seorang ibu dan abah megah menjadi seorang ayah!
Hari ini Aiman anak mak telah menjadi anak teruna yang segak. Itulah di pandangan mak!
Aiman anak yang sangat baik, menghormati orang dan anak yang sangat mendengar kata.
Alhamdulillah, anak mak tidak pernah membuat masalah, tak pernah menyusahkan hati mak!
Semoga Aiman di pelihara oleh Allah dunia dan di akhirat nanti! Ya Allah! Aku mohon padaMu
agar anak ku menjadi hamba Mu yang beriman dan bertanggung jawab pada agama, bangsa dan negara!
Selamat Hari Lahir Aiman
Salam semua!
Dah lama ambo tak borak-borak manja dengan muma semua. Haghi ni 17hb, Disember 2010, bulaen teghahei dalam tahong 2010.
Ghokpa mata ambo ni daghi tadi dok tegedik-gedik? Arwah mak ambo kata, kalu mata dok tegedik-gedik, kita nak tengok oghang. Beto kae? Tu bukannya kepercayaan tapi kebetulan!
Puko 5.00 petang, hujan tughong, ambo tak buleh kelek lagi. Anak ambo talipong bagitahu
'Mak! kelek lae cepat, kawan mak maghi! Hui...sapa lae hat nak maghi ke ghumah ambo hujan-hujan lagu ni?
Ambo kelek dalam hujan, basah belosoh baju kahing ambo. Napak 3 oghang tetamu dok di berenda ghumah. Dua oghang ambo kenei, sokghang tu sapa dih?
Ghenung punya ghenung, ooooo! ghupanya kawan sekolah ambo dulu! Foziah Haji Sidek, tu lae kawan baik ambo daghi Tingkatan satu sapey Tingkatan 5 di Sekolah ToK Mudeng, Batu Kugho.
heh...heh...hehhhh! Tekejuk beghok ambo! Seghenok tak kata gena lae! Beghapa puluh tahong tak bejupa, haghi ni apa tuah, apa mipi, dia maghi jupa ambo!
Oghang tina ni kalu dah tua-tua lagu ni...kalu bejupa tak tanya natang penama lae....selaing tanya anak beghapa oghang, menatu beghapa oghang, cucu beghapa oghang. Gi Mekah kae dak lagi!
Nostalgia lama pong beputa kelek lae.... beceghita kesah lama.....kawan-kawan lama.
Hui! Seghenok sunggoh. Tima kaseh Foziah!
......kerana rasa kasihku pada negara tumpah darahku Malaysia, ku luahkan rasa hati menerusi
pantun 8 kerat yang kurang indah dari segi bahasa........ apapun daku cuba sedaya ku untuk mengolahnya dan daku bangga menjadi anak Malaysia!
Sampin sutera tanda balasan,
Hadiah dari orang disayangi,
1 Malaysia slogan kerajaan,
Negara Malaysia tetap dihati,
Peria dijadikan ulam-ulaman,
Dicelur digoreng menjadi resepi,
Malaysia terbilang penuh kecemerlangan,
kemana ku pergi sentiasa diingati.
Duhai anak Malaysia, marilah kita menjaga tanah pusaka ini!
Hakcipta:chumah.blogspot.com
