ShareThis

Rabu, 22 Oktober 2014

NASI MINYAK HUJAN PANAS







ASSALAMUALAIKUM!!

Selamat pagi Jah. Pagi????? hihihi...hari nih ambo dapat peluang bersembang dengan mike di waktu pagi. Mata rasa segar, fikiran rasa lapang dan tenang (Betul ke bahasa ambo nih??)
Ambo baru lepas mengemas rumah, En Suami pulak dok menebas rumput yang cepat panjang di sekeliling rumah. Itu le kalo duduk di kampung, luar dalam kena jaga.

Hari nih ambo nak kongsi resepi NASI MINYAK HUJAN PANAS pulak dengan mike. Kot-kot terhengen nak buat boleh cuba. Awai (awal) lagi diknon!
Kejadian nasi ni pada minggu lepas. Iyelah asyik dok makan nasi putih dengan sambal belacan aja, syakali syakala (sekali sekala) ubah arah pulak...kan Jah!

En suami dengan anak-anak suka juga makan nasi nih...sekali sekala le Jah..kalo asyik dok masa nasi ni.....mesti jemu. Tak boleh nak tanding dengan nasi putih yang boleh di makan dengan apa saja jenis lauk kan?

NASI MINYAK HUJAN PANAS nih ambo beregukan dia dengan ayam masak cili yang pedas.
Takut-takut anak muak!

Moh le Jah kita tengok resepinya!

Bahan asas:

3 cawan beras (ambo guna beras biasa aja)
1 kiub ayam
1/2 cawan susu sejat
2 helai daun pandan (siat kecil2 dan ikat kemas)
pewarna hijau, merah dan kuning
air secukupnya (bergantung pada beras yang kita gunakan)

Bahan tumis:

2 camca besar minyak masak
1 camca besar minyak sapi
1 camca besar majerin
1/2 inci halia
1 bji bawang besar - mayang
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji pelaga

- Cuci beras - rendam lebih kurang 10 minit dan toskan
- Panaskan minyak, majerin dan mintak sapi - tumis bahan tumis
- Masukkan beras dan gaul rata
- Masukkan susu sejat, air, kiub ayam dan daun pandan
- Masak nasi sehingga masak
- Bila nasi dah masak, letakkan  1-2 titis setiap pewarna di tempat yang berasingan - tutup periuk
- Bila nasi dah betul-betul masak - gemburkan nasi dan sedia untuk di hidangkan


Worait Jah, ambok makan nasi nih bersama ayam masak cili pedas dan air asam.
Pada anak ambo dan pada anak tekak ambo, sedaplah ! Nak cuba silakan!

BUBYE!!!

3 ulasan:

hpm.ba berkata...

Thanks for sharing such useful information. The information provided is very very niche and this information is not available so easily.
Trebinje stan

hpm.ba berkata...

Thanks for sharing more post,Really i am impressed from it.
Great post can you share with me more post about it because i have many idea about this blog.
Ivanica

hpm.ba berkata...

The new Zune browser is actually good, but not as able as the iPod's. It works well, but isn't as fast as Safari, and has a clunkier interface. If you occasionally plan on accoutrement the web browser that's not an issue, but if you're planning to browse the web alot from your PMP afresh the iPod's aloft accoutrement and bigger browser may be important
Sarajevo apartment

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...