KUAH ROJAK

  • 6:38 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat petang Jah...pekabo mike?? Udah minum petang ke?
Ambo kalo hari-hari selain Hari Sabtu dan Ahad, makan petang ambo adalah .....N.....A.....S.....I...!!
Ngehngehngeh!

Tadi di kampung ambo hujan turun dengan lebatnya, Nampak segar pokok-pokok tanaman. Dilaman rumah ambo pun nampak 'hijau' aja. Sedap mata memandang!Sejuk, segar, nyaman apalagi kampung ambo nih dikelilingi oleh bukit bukau yang menghijau. Waaaa...bestnye duduk di kampung!!!

Ohya Jah..Ramadhan kan bertandang tak lama lagi. Sudah bersediakah kita semua?Loni pun ('loni' mengikut Kamus Dewan berarti 'sekarang') udah terasa-rasa aura Ramadhan tu. Seronok menanti Ramadhan yang bakal menjelang! Semoga kita semua beroleh rahmat dari ALLAH swt.

Bersembang tentang Ramadahn, teringat jugaklah tentang resepi di malam Ramadhan. Biasanya ambo kalo balik dari Tarawih , tekak akan rasa nak mengunyah makanan yang ringan-ringan...masam, manis dan sedikit pedas (kalo di kampung ambo tak kata pedas tapi pedih! hahahahah)


Haaaaa...kalo begitu apa kata kalo kali ni kita berkongsi resepi yang paling sempoi, tapi sedapnya hingga
tak terkata! Itulah penangan 'KUAH ROJAK' ! Huh..apalah sangat 'KUAH ROJAK'.....!WWaaaa..best apa? Tak coba mana nak tau kelazatannya kan..kan...???

'KUAH ROJAK' nih ambo buat lama dah, tapi tak dan (sempat) nak kongsikannya dengan mike.
Ada banyak lagi masakan  yang ambo belum ada kesempatan nak berkongsi dengan mike...satu...satu ye Jah! Tak dan tangan! kata orang kampung ambo!

Sembang lama-lama pun tak berapa berguna, moh le kita berkongsi resepinya:

Bahan asas:

1 botol kicap
1 botol sos cili
600 gm gula pasir
2 senduk tepung jagung
1 keping belacan
300 gm gula merah
2 sudu besar cili kering (kisar)
1 camca petis udang

- Gula merah dimasak dengan sedikit air - sejukkan
- Cili kering yang telah direbus dan dibuang biji - dikisar dengan belacan
- Dalam periuk campurkan semua bahan di atas dan masaklah dengan api sederhana sehingga
   agak pekat.
- Sejukkan dalam esbok untuk tahan lebih lama.
- Kalo mike suka, semasa nak makan tambahlah kacang tanah yang di tumbuk bersama bijan
   yang di goreng tanpa minyak

'KUAH ROJAK' ni sedap kalo di cicah bersama buah-buahan. Rojak buah le katakan.
Kalo 'menyicah' ni orang Perak kata 'colek' tapi orang kampung ambo kata 'melacut' !!!
Wakakawakakawakaka!!!

Macam-macam!

Apa-apapun begheh sokmo!

BUBYEEE!!!!



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...