INTI KARIPAP LADA HITAM

  • 9:17 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ASSALAMUALAIKUM!!!

Selamat malam semua, semoga kita semua beroleh keberkatan dan keimanan yang teguh!
Tentu sihatkan Jah! Ambo masih sihat dan Alhamdulillah..mungkin masih berkesempatan bersama
seluruh umat Islam menjalani ibadah puasa. InsyaAllah!

Tadi petang..di kampung ambo ni hujan tapi tak le lebat sangat, tapi sekurang-kurangnya rahmat dari ALLAH ni banyak membantu ambo...kerana tak payah nak siram pokok-pokok bunga ambo yang tak berapa nak menjadi nih! Kehijauan di sekeliling membuatkan ambo teruja!

Siang tadi 3/4 hari siang ambo di rumah jiran belakang rumah merangkap sepupu ambo! Hahahah!
Dah agak lewat ambo pegi..lebih kurang pukul 9.00 pagi. Yelah...selesai masak baru ambo pegi.
Bali sekejap waktu Zohor kemudian pegi balik sampai le ke pukul 5.00 petang. Ye lah pihak lelaki
datang selepas waktu Zohor! Walopun kecil-kecilan, tapi meriah....maklum saja calon menantu
orang sekampung!

Kita tinggalkan kisah orang bertunang....kita sembang kisah masak memasak pulak!
Seperti yang ambo dok berjanji dengan mike, ni le baru ambo berkesempatan untuk berkongsi resepi
'INTI KARIPAP LADA HITAM'.  Semua orang tentu biasa membuat resepi ni, tapi ambo nak juga berkongsi dengan cara ambo! Taapa kan Jah!

Moh le Jah kita semak resepi ambo!Ramai orang suka...dan kalo ambo buat karipap , tentu aja ambo buat
dua versi...satu inti rempah...yang satu lagi resepi lada hitam. Tapi kalo anak-anak dan en. suami kompom
suka yang lada hitam! ngehngehngehhhh!!!

Jooooommmmmm!!

Bahan asas:

1 kg ubi kentang
1/2 kg udang basah (kalo letak ayam / daging pun boleh jugak)
2 camca besar lada hitam
1 camca besar jintan manis
1 tangkai daun sup
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 labu bawang besar
Sedikit minyak masak
Kulit udang yang telah di bersihkan

- Kupas ubi kentang - bersihkan dan di potong dadu
- Bawang besar di bersihkan dan di potong dadu
- Udang di bersihkan dan di buang semua kulit - di potong atau juga di kisar kasar
- Kulit udang yang telah di bersihkan - di rebus dan di kisar kemudian di tapis - ambil airnya.
- Lada hitam dan jintan manis di kisar halus

- Panaskan kuali - letakkan sedikit minyak dan tumis bawang sehingga naik bau
- Masukkan air rebusan udang dan masukkan ubi dan rempah (jintan dan lada) dan garam
- Setelah empuk, masukkan udang dan perisakan dengan gula
- Setelah masak - tutup api dan taburkan daun sup yang telah di potong. Sebatikan.

Biasanya ambo buatkan 'karipap ala frozen' senang kalo tetamu berkunjung ke rumah.
Tapi...ehh...ehhhh...rasa dah taada stok untuk bulan posa ni...baru aja ambo bagi sama abang ambo.
Hhhhuuuuwwwaaaa...kena buat lagi ni!


Apamacam Jah...boleh le buat bulan posa ni...bangun sahur, kalo nak makan, goreng aja.......
benda udah sedia ada!!!!

Selamat malam Jah...apa drama baru malam ni ????

BUBYEEEE!!!!








You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...