Daku renungi malam purnama
hias bintang berjuta
terang cemerlang semesta
parasmu indahhhhh..........
Ooopppssss! Maafkan daku...'termenyanyi' le pulak!
ASSALAMUALAIKUM!!
Selamat malam semua tetamu ambo yang di hormati dan di sayangi. Walopun kita tak kenal, tapi
perasaan sayang tu tetap ada.....yeeaahhh sayang sesama makhluk ALLAH kan Jah..tak salah!!
Mike janganle tidur lagi...baru pukul 9.33 malam. Didapur ambo baru 10 minit membakar kek, kek apa?
Aahhhh...'kek sponge' aja....yang sedang-sedang aja Jah..yang sangat sempoi. Kalo mike terhngen nak mencuba mike layan aja resepi ambo yang terdahulu...kan Jah!
Si Tecik Hajar dok masak mee maggi....biarkanlah...sekali sekala. Si teruna ambo pulak dok menggoreng
keropok lekor. Suka sangat dia dengan keropok lekor. Dia kata 'puas' makan kerana 'terasa' keropoknya.
Apa-apapun begheh Jah...!
Malam nih apa kita nak kongsi ye Jah....? Nampaknya kalo di waktu-waktu yang agak panas ni, anak tekak
kalo di luncur dengan makanan yang sejuk-sejuk dan lembut gitu...tentu nyaman kan Jah!
Dahaga kompem (comfirm) hilang! hahahahahahh!!!!
Itule kisahnye beberapa minggu sudah, ambo ada masakkan satu jenis agar-agar. Nak tau apakah dia?
Tu le 'AGAR-AGAR PERMATA'! Ambo letak nama ni sebab warni warnanya yang indah...sedap dan lemak berkrim...wah...kalo tak makan dah lama siksa jiwa ai! heheheh!!!!
Moh le kita berkongsi...ilmu yang ada tak baik 'dikedekutkan'! Betulke ayat ambo ni Jah! Tunggang langgang jadinya! Ayat semborono lagu nih kalo masuk periksa dah tentu fail punya!!! Hhuuuuaaaaaa!!!!
Jangan dok nak mengayat banyak sangat Chumah oooiii....nanti lupa rsepi pulak!! Moh le.......!
Bahan asas:
37 gm agar-agar tali
1 1/2 cawan gula
1 gelas air soya
1 tin susu sejat
5 gelas air
Pewarna(merah, hijau dan kuning)
3 helai daun pandan
- Rebus agar-agar bersam 5 cawan air dan daun pandan
- Bila agar-agar dah hancur - masukkan gula sehingga larut
- Angkat- ambil 3 senduk dan asingkan kepada 3 bahagian -letak warna-warna tadi
pada setiap bahagian
- Baki agar-agar tadi masukkan air soya dan susu sejat- biarkan sehingga sekali mendidih.
- Ambil 3/4 bahagian dan tuang ke dalam loyang - biarkan sebentar
- Potong dadu agar-agar (warna) tadi dan taburkan ke dalam loyang agar-agar - biarkan beku
kalo nak cepat bekunya - letak loyang ke dalam air ais.
- Setelah 3/4 beku, cakar-cakarkan permukaan agar-agar tadi dengan garpu supaya lapisan tidak terasing
bila dipotong.
- Tuang perlahan-lahan baki agar-agar (1/4 bahagian) tadi ke atas permukaan agar-agar yang di cakar tadi.
- Setelah beku - sejukkan ke dalam esbok
'AGAR-AGAR PERMATA' ni sangat lazat pada tekak ambo! Wangi pandan berserta rasa lemak soya dan susu membuatkan ambo sangat tergoda! wakakawakaka! Cobalah Jah...bulan pose
dah dekat nih!
Selamat malam Jah...mimpikan ambo ya! Kek ambo pun dah masak...ambo pun dah nak zzzzzzz!
Jumpa lagi! Mmmmmuuuuuaaaahhhhhh!!!
BUBYEEE!!
0 comments