CUCUR BADAK..........(yang tak ensemmm)!!

  • 5:58 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMUALAIKUM!!


Budak bukan sebarang budak
Budak dari Inderapura
Badak bukan sebarang badak
Badakku ini sedap rasanya!

Heheheh! Ni lah pantun 'merapu' yang tak pernah aku bayangkan! Apa punya pantun?
Pembayang kemana, maksud tak tentu hala! Maaf! Ambo tak bijak berpantun...sekadar
nak berbasa basi untuk menyedapkan dan menceriakan hari yang suram!

Itule , kalo udah tak taw nak berpantun, belajo le walopun udah 'tua' tak kesah kan Jah...!
Kerana kita 'disarankan' menuntut ilmu walopun sampai ke hujung nyawa!

Ppsssttt!! kemarin ada ambo buatkan 'CUCUR BADAK' tapi ..isk..isk..iskkkkk tak ensemlah
badak ambo...iyelah nama pun badak....memang le 'tak berapa' nak ensem...kecualilah badak
'ori' yang ada di ZOO TAIPING tuh! kehkehkehhh!!

Apapun, ianya 'tersangatttt' lah laris jualannya (jual pada buah hati ambo)!
Besor-besor gedabak cucur ambo kali ni.
Apakah silap dan dimanalah salahnya, cucur badak ambo tu tumbuh jerawat...iyalah..tu sebab
tak ensem tu! Suami ambo kata 'kot-kot badak ambo tu terkejut terjun dalam kuali panas!'
Hisyyy..ye lah tu!

Woraitlah Jah..jangan banyak songeh...kita kongsi resepi disini:
Dohnya sama seperti membuat 'KUIH KERIA' tapi bezanya ianya 'berinti'

Bahan asas:

Untuk doh:

500 g ubi keledek rebus
1 cawan tepung gandum
Sedikit gula
Secubit garam

Untuk inti:

3 batang serai
Sebiji bawang besar
3 biji cili
1/2 cawan kelapa parut
Sedikit gula
Sedikit udang kering

- Lenyek ubi sehingga lumat dan masukkan gula dan tepung serta garam.
- Sesuaikan dengan kelembutannya.
- Bulatkan dan buatkan lubang untuk inti.
- Bentukkan secara 'meleper' dan letakkan udang kering (kalo suka)
- Sedia untuk di goreng.

Cucur Badak ni sangat sedap kalo di makan panas-panas, apalagi kalo di sulam
dengan ayaq kopi panaz-panazz. Makan anak beranak bertambahlah sedapnya!

BEREZZZZZ!!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...