Apa kabo mike semua? Harap-harap semua di dalam kebahagiaan sokmo!
Mendoakan kesejahteraan saudara kita, samalah juga seperti mendoakan diri kita sendiri.
Malam ni ambo sorang-sorang di rumah...... senyap...sunyi......cuma mujurlah mike dok
meneman ambo! Anak-anak semua udah balik ke tempat belajo......suami pulak ke masjid!
Tinggal le ambo dok terkontang kanting sorang-sorang! Boring betul Jah ooiii!
Takpa kita sembang-sembang ye! Malam ni apa drama Jah? Di telinga dok dengar suara lunak
Razis Ismail dok nyanyi lagu ' Penawar Rindu'! Kejap...kejap....suami ambo dah balik!
Ambo gi bukak pintu kejap ye!
Hah! sambung balik. Hari Sabtu lepas ada ambo buatkan 'sikit' jamuan untuk anak ambo yang
bongsu. Tak jemput ramaipun, sekadar sorang dua kawan-kawan sekolahnya (rendah dan
menengah) dan jiran terdekat.
Nampaknya anak ambo sangat sonok (seronok) pada majlis dia, ambo tambah-tambah lagi le!
Mak mana yang tak suka kalo anak teruja begitu kan?
Ambo tak masak banyak, tapi kita kongsi-kongsi ya...masakan biasa aja!
Wokeh...kita berkongsi 'kegembiraan' anak ambo tentang masakan ambo! heheehheeh!!
Ambo pun ' berpuas hati ' kerana semua tetamu 'puas' menjamu makanan yang ambo hidangkan! Semua yang ambo hidangkan hari ni adalah resepi2 yang ambo dok buat
terdahulu Jah....Mike semak balik ye kalo nak kongsi masak
Hahhhhhhh!!
0 comments