BIHUN GORENG SEMPOI !!

  • 9:10 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 1 Comments




ASSALAMUALAIKUM !!


Alhamdulillah..syukur...syukur..syukur..kerana ALLAH SWT terus memberi rezeki dan kesihatan yang sangat baik pada ambo sekeluarga. Ambo pun berharap mike semua dalam perlindunganNYA, PENGUASA sekelian alam. Aminnnn!!!

Ni ambo baru selesai makan malam dengan anak dan suami! Kesian pada si Tecik Siti Hajar Nur
yang dok di asrama nun. Takpalah, ambo pujuk hati, bukan dia tak cukup makan, cuma dia yang sedikit jauh dari ambo!

Ambo jarang sekali makan malam! Sungguh! Sumpah! Opppss...tak baik bersumpah! Arwah mak ambo cukup tak berkenan orang yang suka bersumpah! Nanti makan diri! Ugutnya!!
Bukan apa, cuma nak beritaw, ambo hari nih langsung tak menjamah nasi!! Sekali lagi ambo ulang............'tak menjamah nasi' yang begitu sinonim dengan tekak ambo nih! Hahahahah!
Dah tebiat ke makcik nih????

Oh...tidak...tidak...memang iya..dan taadalah ambo rasa 'ketaq lutut' hari ni kerana tak makan nasi! Tapi.....ada tapinya Jahhhhh...... malam ni lepas aja syolat Maghrib, terus ambo gi ke dapur!!

Keletung keletang......keletung keletang....apa makcik buat tu??? Apa lagi 'BIHUN GORENG'
lah jawabnya..maklumlah tak makan nasi..kenalah makan yang 'berat' sikit ! hehehehhhhh!!!
Habis kami anak beranak 'mengerjakan' bihun tu! Sedap jugak apalagi perut tengah dok lapo!
Heheheh!!!!

Biasa-biasa aja 'BIHUN GORENG' ambo tu, cuma ambo banyakkan sawi dan letak sikit sos
tomato dan sos lada hitam. Dadarkan telur dan goreng taufu. Itu aja. Pekena pulak dengan
cili potong berkicap perah limau nipis! Fuhhhh..berpeluh dan berselera menikmati bihun goreng yang sempoi tu!


BEGHEHHHHHHHHH sSOKMOOOO !!!




You Might Also Like

1 comments

  1. ekin
    adesss.~~~ ni kalo tgk taime lapo ni ni mulo la nk g mencekek..cumah oo...

    BalasPadam

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...