KUIH KOCI SAGU

  • 7:52 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM !!


Pagi tadi, bangun aja dari tido, suami ambo kata ke ambo' ari ni cuti, kita oder dari kedai'
Hish...dia bagi cuti masak ke ambo ?? Tak leh jadik nih ! Oppsss...berseghok dah le dari kedai !
Ambo balas...!Mike tau ke apa tu 'berseghok'? Mengikut KAMUS DEWAN, 'berseghok' yang orang kampung ambo dok cakap tu ialah ' sarapan pagi' !! kehkehkehhhh !

Aluhai Jah....cuti-cuti macam ni le, banyak projek ambo nak buat ! Kain baju udah ambo basuh
semalam...Itule...orang sidai baju dengan matahari...ambo terbalik....sidai dengan bulan...!!
Takpa....janji kering!!! Masa tu ibarat emas...apalagi emas sikalang sangat mahalll llhhoorrhhh!!

Selesai mengemas rumah (tak kemas manapun!) ambo teruskan projek ambo! Suami udah ke kebun.....Cari-cari kat setor dapur..ada ke ??? Wau......dah jumpa! dah jumpa !!
Anak tekak ni rasa nak makan 'KUIH KOCI SAGU' ! Itu le, bukak esbok, ambik nyior (kelapa
parut)-blend aja...cepat Jah...santan pun banyak!

Moh le kita berkongsi resepi 'KUIH KOCI SAGU' dengan ambo ! Sedap weii...kalo mike makan
dengan air kopi....mesti lupa kawan!
Kita kongsi Jah !!

Bahan asas:

Sagu biji (selepas basuh dan tos, rendam dengan santan pekat dan sedikit garam)
Inti kelapa
Daun pisang

Itu aja Jah, setelah selesai di bungkus, kukuskan dia.
Selesai projek ambo yang pertama......!
Sedap Jah.....teksturnya lembut, sedikit liat dan lemak-lemak gitu!
Cobalah! kakak ambo suka balut seperti lepat...apa-apapun boleh saja.....!!

NYUM..NYUMMMM..NYUMMMMM.!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...