Malam semua! Mike udah makan malam?
Kalo nak makan, usah le mike makan yang 'berat-berat' sebab kita bukan nak buat kerja
yang 'berat-berat' !!
Udah malam Jah ooiii! setakat nak ' tarik' kain selimut je! Tak gitu Jah ??
Pandaile ambo nak nasihatkan mike ye!
Bukan hape...kerana kasih sayang ambo, tu le ambo ingatkan..bukan pada mike aja......
pada diri ambo jugak!!
Semalam ambo cuma 'jenguk 'aja, kemudian 'blogwalking' sana sini....terutamanya blog masak! Last-last udah lewat, terus..bedebummmm ....tido!
Worait...malam nih kita sembang panjang-panjang ya....!
Apa kita nak sembang ye? OOooooo ..kemarin dolu ada ambo buatkan 'DONAT' alaaaaa.....
biasa-biasa aja....ambo tak salut dengan 'coklat ke hape ke...sebab anak-anak ambo suka yang'original' maksud ambo cukup sekadar 'salutan gula'
Nak ke mike berkongsi dengan ambo punya resepi? Sempoilah Jah resepi ambo...tapikan Jah
seddaaappppp! Iyalah bagi le apapun semua pada ambo sedap..rezeki.... 'selera' yang ALLAH
bagi kan? Bukan semua orang ada 'selera' nih!
Donat nih ambo buat pagi-pagi...tapi sampai ke malam teksturnya tetap lembut!
Moh le kita berkongsi.....!!
Bahan asas:
5 cawan tepung gandum
2 biji kentang (besar)
6 camca besar gula halus
1 camca teh garam
1 camca besar shortening
2 camca besar marjerin
1/2 bungkus mauripan
3 camca besar susu tepung
- Rebus kentang - biokan sejuk
- Mauripan di bancuh dengan air suam dan sedikit gula
- Tepung gandum, gula halus, garam dan susu tepung di gaul sebati
- Letakkan shortening dan marjerin ke dalam adunan tepung tadi.
- Masukkan pula kentang yang telah dilenyek halus
- Akhir sekali masukkan mauripan
- Tambahkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut
dan tidak melekit
- Perap selama 10 - 15 minit dan hendaklah ditutup dengan kain lembap
- Bentukkan bulat-bulat (kalo ambo, ambo gunakan acuan donat )
- Goreng dalam minyak yang banyak
- Setelah benar2 sejuk barulah digolek kedalam gula castor
Wokeh semua....anak gadis ambo sangat suka donat nih! Sekali dia 'ngap' 3 ketul lenyap!
heheheh! Cobalah..memang sedap apalagi kalo makan waktu santai sambil borak-borak
ngan suami dan anak-anak! Ngeh...ngehhh...ngehhhh!!
FFUUHHH MENGANCAM ABEZZZ!!
0 comments