TASIK BUKIT MERAH (YANG MENDAMAIKAN !!)
- 9:20 PTG
- By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
- 0 Comments
Selamat malam semua dan moga semua sihat.
Ambo nak penuhkan N3 ambo malam ni dengan cerita ambo sekeluarga. heh..heh..hehhh !!
Mike janganlah jemu ye..... selain mike semua, blog ambo adalah kenangan untuk anak-anak
ambo nanti, kok ambo udah taada, bolehle deme jenguk-jenguk ambo disini, semasa deme di ulit
rindu !! Issyyy ! Sedey le pulak !
Worait, tahun lepas, kiranya beberapa minggu lepas, kerana jemu, ambo bawakle anak2 pegi
ronda-ronda......terlepas lah ke BUKIT MERAH LAKE TOWN.kiranya tempat ni sangat dekat dengan kampung ambo tapi, jarang-jarang ambo ke sana !
Udah sampai, teringin le pulak nak ke PULAU ORANG UTAN! Beli tiket nunggu kejap terus naik bot melalui Tasik Bukit Merah yang tenang dan mendamaikan!
Ambo dan anak2 sangat terhibur melihat keletah Orang Utan tu. Yang masih baby dinamakan SARA bagi yang betina dan nama yang sangat gamour bagi yang si baby jantan..JIDIN!
Sara lembut perwatakannya berlainan dengan Jidin yang agak nakal dan lasak.
Memang sungguh terhibur!! Ada kira2 15 ekor semuanya, tapi dilepaskan bebas di tempatnya.
Kerana dah lewat perginya, ambo tak ronda habis, cuma sempat ke PULAU ORANG UTAN,
kemudian kami sekeluarga sholat Asar di situ.....udah sangat petang, meronda nengok landasan keretapi yang merentasi tasik kemudian balik.
Sempat sholat Maghrib di rumah. Kalau mike yang belum pernah datang menjengah, datanglah!
Mike tentu seronok bawak anak-anak jalan-jalan di sekeliling tasik ni. Kawasannya yang begitu luas dan indah boleh mendamaikan dan menenangkan jiwa!
Tak sangka ye....Tasik Bukit Merah yang suram dan kurang dikenali suatu ketika dulu, sekarang ni ketara berubah wajah! Menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara!
Nanti-nantilah, ambo akan datang lagi kesini...ke TASIK BUKIT MERAH yang tenang dan
damai!
0 comments