Semoga kita semua diberkati olehNYa - Penguasa sekelian alam....aminnnn!
Petang ni, di kampung ambo hujan....lebat..sangat lebat !
Udah hujan teduh (seghek kata orang kampung ambo) - terasa sejuk le pulak!
Tadi panas bukan main - sakit kepala ambo kerana panas yang menyengat !
Dek kerana panas tu le...ambo nak tayang satu lagi puding ambo! Puding ni ambo buat masa
hari lahir anak ambo - Aiman.... tempoh hari !
Udah 3-4 hari lah ye! Tak kisah le Jah ooiii, janji ambo boleh berkongsi dengan mike semua!
Puding ni ambo namakan dia 'PUDING DANUNG' sebenarnya orang kampung ambo
menyebut 'pelangi' sebagai 'danung' Itu sebab ambo rasa lebih selesa menamakan puding
ambo ni 'PUDING DANUNG' Keh..keh..kehhh !!
Tak kesah le mike nak namakan apapun, janji masakan yang samakan ?
Kita kongsikan ye!!
Bahan asas:
1 peket agar-agar
1 cawan tepung kastard
4 kuning telur
1 ketul better
1 1/2 cawan gula
6 gelas air
1 tin susu cair
Sedikit esen vanila
Pewarna (ikut suka)
- Masak agar-agar dengan air, sambil-sambil itu pukul telur dengan butter
- Udah agar-agar masak - masukkan susu dan telur + butter +esen vanila
- Masak hingga likat dan bahagikan kepada beberapa warna yang disukai.
Catatan:
Ikut suka mike nak buat macam ambo atau nak buat selapis-selapis
Puding ni sedap di makan kalo musim panas....nyamannn aje anak tekak !!
LLAAAYYYAAAANNNN!!
2 comments
rajin sungguh la makcik aku ni buat ko, lepas satu, satu ko...ish3..jelesnye
BalasPadamrajin sungguh la makcik aku ni buat ko, lepas satu, satu ko...ish3..jelesnye
BalasPadam