ALFATEHAH - Buat ibu yang sangat ambo kasihi HAJJAH BIDAH semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.....Aminnn!!!
7.1.2002 - Tarikh pemergian ibu ku ke Rahmatullah
7.1.2012 - Genap 10 tahun pemergian ibu ke alam barzakh
Rindu ambo hanay ALLAH SWT yang tahu. Kekosongan di mana-mana. Mula ketiadaan ibu,
ambo rasa sengsara, duka dan airmata sentiasa di tubir mata. Sabar, redha dan pasrah.......
ambo faham, setiap yang hidup pasti akan mati, kita hanya dipinjamkan sementara di alam ini.
Namun ambo rasa belum puas dengan ibu, selama hidup ambo tak pernah berenggang dengan
ibu. Ibu meninggal tatkala ambo berusia 40 tahun, selama ini ibu sentiasa ada di depan mata !!
Ahhh! Getirnya hidup tanpa ibu di sisi.
Sedikit demi sedikit ambo terima hakikat ini! Ambo juga akan menemui Ilahi entahkan bila ??
Terlalu banyak kenangan.....!
Setiap Khamis petang Jumaat, tugas ambo akan memotong kuku ibu, menyampu rambut ibu
yang sentiasa harum pada ambo!
Sehingga kini, kasut ibu masih ambo simpan, dompet dan beg tangan ibu masih menjadi harta yang sangat mahal pada ambo. Jika rindu terlalu sarat, selain menziarahi pusara ibu, ambo akan keluarkan barang2 milik ibu, membelek dan menciumnya, seakan bau ibu masih ada.
Ohhh Ibu...Setiap sholat, ambo tak lupa berdoa untuk ibu yang berhati mulia dan sangat berbudi
dan sangat pengasih...segala-galanya yang terbaik hanya ada pada IBU !!!
Oooooo ibu....
kau disiram bayu pagi.....
kehilangan terasa kini........!
0 comments