PUDING ROTI

  • 11:57 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMUALAIKUM!!!

Gelisah
menanti dinda
di ambang bahagia!


Udah larut malam bebenor ambo bersembang dengan mike! Taapalah Jah musim-musim dekat nak raya nih, ramai orang berjaga malam! Selain dari mengerjakan ibadat yang wajib, ibadat yang sunat pun jangan dilupakan.

Malam nih ambo tak nak cakap banyak, mata semakin berat, pinggang pun terpelecot rasanya.
Tapi kerana suka, ambo kuatkan hati, bersembang dengan mike sambil menunggu Biskut Almond London ambo siap di bakar, pagi besok udah senang kerja ambo, sekadar salut coklat dan tabur kacang!

Di jalan raya depan rumah, derum deram kereta dan motosikal dok lalu, walopun kebiasaannya
pada waktu ini udah senyap sunyi kampung ambo!
Raya tahun ni nampaknya lebih meriah kerana dalam musim buah. Menjadi beno durian di tempat ambo. Femes Jah kalo di sebut durian Batu Kurau, sampaikan si penyanyi Jamal Abdilah pun baru-baru nih ada datang kemari ke kampung ambo hanya kerana nak merasa durian Batu Kurau. hehehehhh!!

Malam nih ambo nak berkongsi resepi 'ulang tayang' ! Kalo mike rasa malas nak menyelak resepi ambo yang terdahulu, inilah masanya, ambo berkongsi sekali lagi resepinya!
'PUDING ROTI' yang sangat mebeles nih selalu ambo buat atas permintaan rakan dan kenalan!

Cukup senang dan sempoi aja membuatnya. Moh le Jah kita tengok resepinya!

Bahan asas:

37 gram agar-agar tali
7 cawan air
6 keping roti (Gardenia paling lawo)
2 biji telur
4 cawan santan
1/2 susu pekat manis
2 cawan gula
1/2 canca teh garam halus
Pewarna merah, coklat dan hijau

- Masak agar-agar, garam dan gula bersama 7 cawan air
- Roti di kisar bersama santan dan telur
- Setelah agar-agar hancur, masukkan roti yang telah di kisar tadi bersama susu dan
  biarkan mendidih   sebentar
- Bahagikan kepada 3 bahagian (setiap satu bahagian warnakan denganwarna2 di atas)
- Masukkan agar-agar ke dalam loyang berselang seli dengan menuangnya pada tengah-tengah
   loyang.
- Sejukkan untuk di hidang


Ambo menggunakan coklat emulco untuk warna coklat. Silalah Jah kalo berkenan.
Sedap untuk di buat jamuan di hari raya nanti!

BUBYE Jah.....!!!



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...