NASI AYAM SPESEL

  • 9:59 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



Ambo tak pandai nak hias bagai, jadi begini ajalah rupanya. hehehehhh!


ASSALAMUALAIKUM!!!

Rindu hatiku tidak terkira
terkenang orang yang jauh
yang selalu bermain di mata
ibarat kumbang rindukan bunga!

Haluuuuuuuu! Pekabo Jah???
lama bebeno tak bersembang.....dok mengadap skrin tapi takdak mood nak menulis!
Malam nih coba-coba menulis semula. Sebenonya ambo nih setiap hari menjenguk blog ambo ni,
kan blog kesayangan ambo....!!!

Malam nih, di kampung ambo baru lepas hujan...lebat! Tapi gamaknya tak banjir le sebab tak lama
hujannya. Apa-apapun syukur kerana ALLAH masih memberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berterusan untuk ambo sekeluarga.

Tak payah berceloteh panjang-panjang, apa kata kita terus ke agenda yang sepatutnya kan Jah?
Kali ni kita berkongsi dengan resepi NASI AYAM pulak! Sebenarnya NASI AYAM ni dah lama ambo masak..rasanya bulan sudah! hihihi! Memang pemalas betul makcik nih, baru sekarang nak berkongsi!

Ambo tak tahu dari mana resepi nih, tapi ambo terjumpa semasa mengemas buku-buku masak ambo Jah! Udah kuning pun kertas resepinya, kiranya dah terlalu lamalah resepi nih! Taapa kan Jah kalo ambo dah suka dan mana tahu kot-kot mike merancang nak masak NASI AYAM, boleh coba ini resepi! Ngehngehngeh!!!
Moh le Jah kita semak resepinya!!

Bahan asas:

1 kilo beras (tak kisahlah beras apapun)
1/2 cawan halia yang telah di kisar halus
1/2 cawan bawang putih yang telah di kisar halus
3 - 4 helai daun pandan (simpulkan)
1/2 camca makan garam
Serbuk perasa
Air ikut sukatan beras
Minyak untuk menumis

- Panaskan minyak dalam periuk, kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih.
- Tumis sehingga naik bau,
- Masukkan air, serbuk perasa dan garam dan gaul rata
- Masukkan beras dan gaul rata.
- Tutup periuk nasi dan biarkan ia masak.

Kebiasaannya ambo kalo masak NASI AYAM, jarang menggunakan air rebusan ayam atau serbuk sup. In sha ALLAH nasi akan berbau wangi dan warnanya kekuning-kuningan.

AYAM GORENG MADU

Bahan asas:

1 ekor ayam
3 camca besar madu
4 - 5 camca besar sos tiram
3 - 4 camca besar kicap
1 camca besar minyak jagung
Air untuk merebus
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

- Bersihkan ayam - biarkan seekor (jangan potong)
- Panaskan minyak dalam periuk
- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, kemudian masukkan air - biarkan mendidih
-Masukkan ayam dan biarkan ia masak
 (Nak tahu ayam masak ke belum, mike cucuklah peha ayam menggunakan garpu
 kalo tak berdarah, maknanya dah masak le ayam tu)
- Angkat ayam dan toskan airnya
- Sapukan ayam dengan sos tiram, madu, kicap dan minyak jagung
- Perap ayam selama lebih kurang 1 - 2 jam
- Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng ayam - goreng sehingga kulitnya garing
  (biasanya ambo menggunakan api yang besar untuk mendapatkan ayam goreng yang garing di luar
  tetapi lembut di dalam dan jangan goreng terlalu lama sekadar nak menggaringkan kulitnya aja!)
- Angkat dan toskan minyak.

SOS NASI AYAM

Bahan asas:

15 biji cili merah (buang bijinya)
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Air limau kasturi
3/4 cawan air masak
1 camca teh garam
Gula ikut keperluan (ambo guna 1/4 cawan)

- Kisar halus cili, bawang putih, halia, garam, gula bersama air limau dan air masak.
- Rasa jika terkurang garam atau gula mengikut citarasa mike
- Hidangkan bersama nasi ayam tadi

SUP (untuk nasi ayam)

Mike gunakan air rebusan ayam. Tambah perasa dan garam.
Taburkan sedikit daun sup dan bawang goreng. Fuhhhhh....berpeluh Jah!

SELAMAT MENCUBA.

BUBYE Jah....kalo tak kemana, esok kita jumpa lagi!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...