BISKUT SEMPERIT BADAM

  • 7:09 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!!

Semenjak kita berjauh-jauhan
hilanglah
dari pandangan mungkinkah
perasaan mu yang lama
melupakan untuk selamanya...
bla...bla..bla....

Semnejak dua menjak nih kita asyik bersembang di waktu petang aja kan Jah? Chewahhhhh..
semenjak dua menjak konon! Bukan ke baru kemaring kita bersembang semula setelah sekian lama menyepikan diri dari berbloging? Hihihi....apa-apalah kan Jah?

Mike nak tau, lagu di atas dinyanyikan oleh penyanyi dari Kota Singapura iaitu Sanisah Huri.
Ambo suka jugak kalo lagunya 'serasi' dengan ambo. Lagu tu rasanya cukup popular di tahun 70an.
Loni (sekarang) beliau udah kurang menyanyi dan dengar cerita dok mengajar mengaji Quran.

Cerita di atas selingan aja Jah.  Petang nih ambo nak kongsi resepi biskut pulak. Bila kawan-kawan tengok 'wajah' biskut ambo deme kata 'Biskut Fareeda'
Agaknya deme tengok bertingket-tingket, itu le deme cakap lagu (macam) tu. Udahle bertingket-tingket, siap berenda-renda pulak! Kihkihkihhhhh..Lucu pulak ambo rasa sebab tak terfikir biskut ambo deme samakan dengan tudung Fareeda!

Moh le kita berkongsi resepi 'BISKUT SEMPERIT BADAM' nih. Biskut nih ambo buat semasa raya tempoh hari. Fulamakkkk......Ghokpa(kenapa) ambik masa lama sangat makcik?????
Takpalah kan Jah.....boleh mike buat raya akan datang kalo berkenan!!

Bahan asas:

200 gram tepung jagung
250 gram butter
2 biji kuning telor
90 gram gula kastor
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
75 gram serbuk badam (dibakar lebih kurang 5 - 6 minit)
Sedikit essen vanila
Sedikit manik untuk hiasan

- Campurkan semua tepung dan serbuk badam dalam satu bekas
- Pukul perlahan butter dengan gula
- Masukkan kuning telor dan esen vanila
- Kemudian  masukkan tepung sedikit demi sedikit
- Sebatikan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
- Letakkan warna yang mike sukai dan bolehlah di tekan dalam acuan
- Bakar pada suhu 160c sehingga masak

BISKUT SEMPERIT BADAM ni rasanya lemak dan rangup. Mike taukan, setiap tahun ambo akan membuat biskut semperit yang berlainan resepi tapi tetap menggunakan acuan bunga dahlia nih!
Ini kan acuan buga yang menjadi kesukaan arwah mak ambo. Takdak semperit, rasa tak meriah raya ambo Jah

Jumpa lagi bila-bila masa dari sekarang!

BUBYE Jah!!




You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...