KUIH KASTURI a.k.a. CUCUR KACANG

  • 12:33 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments









ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi semua..moga sihat dan sentiasa ceria bersama keluarga!
Ambo lagu (macam) ni lah...masih di ceruk kampung...tak boleh nak bergerak kemana-mana lagi!
Dok tengok orang bercuti sini sana.... tentu seronok ..tentu gumbira!...Gumbirakan hati mike ye!

Udah lama bebeno tak bersembang...siang tak dan nak luangkan masa...malam pulak kalo dua dua orang
anak ambo mengadap komputer, ambo kena ketepilah, walopun komputer sorang satu, tapi bila tenet yang di sewa ciput aja bayarannya...ciput jugaklah linenye! tak gitu Jah?

Ni ambo luangkan masa bersembang dengan mike, sambil-sambil cik mesin memutar pakaian.Senang sungguh kan zaman sekarang, sambil membasuh, masih boleh mengadap benda alah nih! hahahahah!!!!!

Kalo mengikut Kamus Dewan ia di namakan KUIH KASTURI tapi kalo mengikut kata orang kampung ambo ia di namakan CUCUR KACANG! ngehngehngeh!!!  Walo apapun gelaran dan nama, ianya adalah
satu....tetap benda yang sama!

Moh kita berkongsi resepi....! tapi perkongsian resepi ambo kali nih adalah masakan tok nenek!hikhikhik!
Jemu ke Jah! Malam kemarin ada ambo buatkan 'simpul kasih',  duduk saja sambil menonton baikle menyimpul...sebab kulit popia pun masih berbaki satu peket lagi, daripada dok keras kejong dalam esbok, baik jadikan makanan...cuti-cuti begini...buat apapun...larizzzzzz aja!

Moh le Jah...kalo-kalo nak berkongsi!

1 cawan kacang hijau (rendam semalaman)
Air untuk merebus
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut muda
2 camca besar tepung gandum

Bahan gorengan:
1 cawan tepung beras
1 camca besar tepung jagung
Sedikit air kapur
Sedikit kunyit serbuk
Secubit garam
Air untuk bancuhan
Minyak untuk menggoreng

- Rebus kacang sehingga empuk (pecah)
- Setelah agak kering, masukkan gula dan kelapa parut serta tepung gandum
- Kacau sebati dan biarkan sehingga agak kering (jangan sampai hangit ye) - sejukkan
- Bahagikan kacang tadi kepada beberapa bahagian  (sama besar) dan bentukkan dia
- Sementara itu, bancuh bahan gorengan dan celupkan kacang tadi
- Goreng sehingga kekuningan dan angkat / toskan
- Hidangkan

Ambo suka jugak cucur kacang nih, Biasanya kalo ambo nak buat bubur kacang, ambo akan simpan
kacang hijo ni untuk di buat cucur! Kiranya sekali jalan!Tak rogi 'tenaga' kan Jah!!!!

Worait Jah.....pakaian pun udah siap, ambo nak pegi jemur sekejap Petang nanti, kalo ambo tak ada apa aktiviti, kita sembang-sembang lagi!

BUBYEEE!!!!




-



You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...