APAM PISANG KUKUS

  • 9:05 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments


ambo suka 'snap' dalam periuk...nampak original resepi! heheheh!!

ASSALAMUALAIKUM!!

Ooooo....
tanyalah bintang...
tanyalah bulan
agar kau tahu....
Ooooo..
siang dan malam
selalu terbayang
wajah mu seorang
Oooooo..
rasa hati
ingin dekat dengan mu sayang....

Hahahahh....mike mungkin tak tau sape yang menyanyikan lagu tu kan? Kebanyakan dari mike
(mungkin) lahir di awal-awal 80an. Itulah nyanyian yang sangat indah dari kumpulan muzik dari Indonesia.Ambo comfirm lagu ni dinyanyikan oleh The Mercy's...pemuzik yang ambo minat yang
sangat popular di hujung-hujung tahun 70an.

Kita tinggalkan kisah dan lagu peberet ambo, moh kita berkongsi dengan resepi dari ambo pulak. Kali ni
masih lagi 'mengekalkan' masakan tok nenek tapi yang udah di 'modenkan' sikittttt! Modenlah sangat
makcik! hahahahah!!!

Dek kerana rumah ambo di kampung dan sikit sebanyak en suami dok bercucuk tanam yang boleh-boleh
di makan, salah satunya adalah pokok pisang. Haaaa...tu lah yang ambo nak kongsi resepi kali ni.
'APAM PISANG KUKUS' ambo ni sangat lembut dan enak. Walopun ianya resepi tok nenek, tapi kerana udah di modenkan, anak-anak ambo pun suka, en suami no problem....tak cerewet!

Resepi kali ni ambo tak tahu dapat dari mana, tapi kemungkinan besar dari kak ambo, sebab di hujung resepi tu ambo tulis dari Mak Lang. Kompem le kak ambo punya! hihihihi!!
Jangan banyak mengayat makcik, mohle kita berkongsi! Lagipun di dapur ambo tengah dok sejukkan
'apam kentang' Dah ambo rasa, sedap sangat...nanti boleh kita kongsi lagi kan Jah!

Bahan asas:
2 cawan tepung gandum
5 biji pisang bakar (kalo mike nak guna pisang emas kurang lebih 8 biji le)
3/4 cawan mentega - dicairkan
4 biji telur
1 camca teh double action baking powder
1 camca teh soda
1 cawan gula
Secubit garam

- Tepung gandum di ayak bersama baking powder
- Pukul telur bersama gula, kemudian masukkan mentega
- Masukkan pisang dan kisar lagi bersama garam dan soda
- Kemudian masukkan tepung dan sebatikan
- Sediakan loyang yang telah disapu mentega atau boleh juga gunakan acuan kecil
- Kukus selama kurang lebih 45 minit - menggunakan api sederhana, tapi kalo menggunakan acuan
   kecil-kecil kukus kurang lebih 10 - 15 minit
- Tutup kukusan menggunakan kain supaya wap tidak jatu ke atas pemukaan kuih.


APAM PISANG KUKUS  ni walopun udah sejuk, tetap maintain lembut! Percayalahhhhhhh!!!
Teringat lagu Dato' CT Norhaliza! hihihi!!!

BUBYE...BUBYE...!!





You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...