Salam malam Jumaat yang damai! Semoga hidup kita semua di rahmati oleh ALLAH swt.
Malam ni (pasang telinga) menonton 'Forum Perdana' yang menampilkan seorang lagi undangan dari Batu Kurau yang terkenal iaitu Ustaz Kazim Elias. Memang tidak menjemukan dan sangat mendalam nasihat dan ajaran agamanya.
Sambil-sambil tu, di dapur ambo dok sibuk dengan Kuih Tako ambo. Lama tak makan, rasa
terhengen pulak nak merasai keenakannya. Petang tadi pulak ambo dok bakar kek puding karamel 'tempahan' dari seorang kawan. Sempat ke buat makcik? Tak penat ke? Beghehhhh...bisa di aturrr dong!!! heheheheh!!!
Ohya..ni bulan Rejab kan? Isyyy...baru satu hari ambo puasa, hadooiii...bila pulak nak mulakan
puasa sunat nih? Malazzz betul makcik ni!
Tak lama lagi Syaaban..kemudian Ramadhan! Isyyyy kemudian Syawal!!!
Teringat Syawal, maka molut ni rasa nak makan 'KUIH LOYANG' le pulak! Sesetengah oreng
memanggilnya KUIH GOYANG ato jugak KUIH RAMA-RAMA! Betulkan? Tapi kalo di kampung ambo, sebut aja "KO LOYANG' ( 'ko' adalah singkatan perkataan kuih dalam
loghat kampung ambo!) Haaiiissssyyyy!! macam-macam perkataan, macam-macam loghat
Jah ooiii!! Tak pa...tak pa...ambo bahagia menggunakan loghat kampung ambo!
KUIH LOYANG ni sangat sedap kalo di makan sambil menonton tv apalagi kalo yang dok
tayang tu drama ke! hahahaha. Peminat drama tegar memang macam tu!
Krupp...kruuuppp..kkrrruuupppp..tak sedar habis sebalang!
Membuatnya sangat senang Jah ooiii! Ianya rangup, lemak dan sesetengah oreng suka yang pedas-pedas gitu. Tapi selalunya ambo akan buat yang rasa manis-manis Jah. Tak percaya?
Memang tergoda kalo kena caranya. Kadang-kadang kalo ambo rajin, ambo akan 'mengkalerkan' dia, jadi warni warna, atau kalo 'terlebih' rajin, ambo letak juga bijan. Bijan ni fungsi dia untuk
memberikan rasa lemak pada kuih ni.
Nak resepi? Boleh kalo sudi apa salahnya! Ilmu tak elok di simpan kan Jah..ia ibarat air sungai
yang mengalir. Cepat le makcik kita kongsi!! worait....worait...worait..tak nyempat-nyempat
mike nih! Moh le kita!
Bahan asas:
1 kg tepung beras (cap apapun boleh)
5 - 6 biji telur
1 cawan gula (kalo mike suka manis tambahkan lagi)
4 - 5 gelas air
1 camca teh garam
1/2 camca teh kapur sirih
Pewarna kuning (kalo mike suka pelbagaikan)
Sedikit bijan
Minyak masak
- Satukan air, telur, gula, garam dan kapur - blend kan dia
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Bahagikan adunan ( kalo mike nak kalerkan dia)
- Sebelum tu, panaskan minyak (banyak) bersama acuan
- Setelah acuan betul-betul panas, barulah di celup ke dalam adunan
Ambo punya stail, ambo gunakan dua kuali, satu untuk panaskan acuan (menggunakan minyak yg sedikit) dan satu lagi untuk menggoreng kuih (menggunakan minyak yang banyak agar kuih
yang di goreng terapung.
Jangan menggunakan api yang besar kerana takut-takut nanti masak tidak sekata dan hangit!
Worait Jah, kalo mike rajin boleh teruskan projek mike ni.
Ambo nak gi ke dapur, nak jenguk kuih tako ambo sejuk ke belum, terhengen betul nak menjamahnya! Nanti kita kongsi ye Jahhh!!!
BUBYE.....BYE.....!!!
0 comments