AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH

  • 8:21 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMAUALAIKUM!!


Selamat malam semua. Pekabo mike?
Udah lama beno kita tak bertemu dan bersembang-sembang manja gitu.
Rindulah! Heheheh.....Tapi apa boleh buat, ambo ni sibuk manjang!

Sekarang ('loni' adalah loghat kampung ambo yang berarti 'sekarang') sangat panas ya!
Mike tak panas ke Jah?? huaaa...bahang panasnya terasa sampai ke malam. Itu le, ambo yang duduk di 'ceruk kampung' ni pun panas apalagi mike yang duduk di 'hutan batu' kan?
Ye lah sekarang boleh 'on' aja 'aircon' tapi, tentu tak sama dengan angin kampung yang
nyaman kan Jah???

Di kampung ambo, kami ada dibekalkan dengan 'air masyarakat' iaitu air dari bukit. Memang sejuk dan jernih aja airnya. Sebulan kami orang kampung ni 'hanya' membayar RM 3.00 sahaja,
Air percuma, cuma bayaran tu untuk pekerja yang menyelia air. Okey kan Jah begitu..air tak mahal, mike gunalah sebanyak manapun, bayaran tetap sama RM 3.00!!

Bercakap pasal panas ni, tentulah kita rasa selalu dahagakan? Hadoiii...kalolah anak tekak ni
diluncur dengan agar-agar yang lemak-lemak manis gitu...fuhhh...mengancam jiwa raga Jah!!!
Nyaman..enak.....huiiiii sedapppp Jah!!

Kerana panaslah, ambo buat 'AGAR-AGAR LUMUT GULA MERAH' ni! Iissss...tak sabo nak
merasai keenakkannya!Udah lama tak buat agar-agar begini...Kalo tak buat...jiwa jadi kacau
Tak gitu Jah??? heheheheh!!!

Moh le kita berkongsi!

Bahan asas:

37 gram agar-agar tali
3 cawan santan
Gula putih (ikut manis yang disukai)
Gula merah atau bole juga guna gula kabung
4 - 5 cawan air
Sedikit garam
2 helai daun pandan (untuk mewangikan)
2 biji telur

- Masak agar-agar dengan air hingga hancur
- Masukkan gula, garam dan daun pandan yang disimpul
- Buang daun pandan
- Masukkan santan dan telur ( dikisar bersama)
- Tunggu sehingga mendidik sekali lagi barulah di tutup api
- Letak dalam loyang atau acuan yang di sukai.

Agar-agar ni kalo di letak dalam esbok, fuhhh....memang...memang ....'terangkat' Jah!
Leka aja menyuapnya.....sampai tak sedar habis 1 pinggan! Cayalah!!

Ambo minta diri dulu....BUBYE........BYEEEE!!!!

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...