Selamat petang semua! Isyyyy...tak ada ke malam? asyik-asyik petang aja?
Ohhhh..apa taknya...petang-petang beginilah ambo baru dok mengadap benda alah ni!
Tak apakan? Janji kita semua selamat di bumi ALLAH yang indah ni.
Juga tak lupa pada sahabat dan saudara kita di Acheh sana.....moga deme sentiasa tabah
dan bersabar menghadapi dugaan ini!!!
Udah lama beno ambo tak berkongsi makan dengan mike ye! Petang ni kita nak kongsi apa pulak? Oooooo...hampir lupa pulak Jah oiii...masa ulangtahun kelahiran ambo hari tu,
ada ambo buatkan 'SPONGE KEK' !
Tapi kan Jahhh....bukan masa ulangtahun kelahiran ambo je, semasa majlis anak ambo pun udah
ambo buatkan....cuma 'tak dan' nak kongsi! ('tak dan' adalah loghat orang kampung ambo yang
bermaksud 'tak sempat' heheheeh)
Jadi kali ni moh le kita berkongsi ya! Membuatnya sangat mudah..itule ambo sampai 2 kali dah
'mengerjakan' kek ini dalam masa 2 minggu! Teksturnya sangat lembut, gebussssss dan
makcik tak kuase nak menafikan kesedapannya yang uummpphhh...uummmppphhhhhh.....
uuuuuuummmmmmppppphhhhhh tu !!
Biasanya ambo akan masak yang sempoi-sempoi, senang dan menggunakan masa yang singkat!
Wah!!! manyak kudukut ini nyonya!!! Hah...tak...takkkk..bukan macam tu! Masa yang mengikat
ambo..... 'Simpul mati' !!! kehkehkehhhh!!
Moh le jangan buang masa emas mike tu...asyik dok dengar borak ambo....tak jadik kerja
le mike semua! Kek ni ambo 'skodeng' dari MY RESEPI. Terima kasih dan ambo mintak
izin nak berkongsi dan sebarkan lagi 'ilmu' ni! Kita kongsi dih!!!
Bahan membuat SPONGE KEK:
500 gm tepung sponge mix
9 biji telur ayam (gred A)
125 gm air biasa
1 sudu makan ovelate
125 gm minyak jagung
Cara membuat SPONGE KEK:
- Panaskan oven - satukan tepung, telur, air dan ovelate dalam pemutar telur dan pukul
sehingga gebu. Masukkan minyak jagung dan pukul lagi.
- Masukkan ke dalam loyang yg di alas kertas minyak dan di sapu minyak.
- Bakar pada suhu 150 c selama 50 minit.
- Adunan ini boleh di tambah perisa yang di sukai (ambo letak pandan paste..heheheh)
- Seeloknya gunakan loyang berukuran 9 - 10 inci
Bahan membuat BUTTER CREAM:
500 gm krimwell
250 gm butter
300 gm gula ising ( kalo boleh ayak 3X)
120 gm shortening
1 camb vanila
230 gm sugar syrup
Cara membuat BUTTER CREAM:
- Sediakan sugar syrup (900 gm gula pasir + 400 gm air + sebelah limau nipis
- masak sehingga mendidih dan biarkan ia sejuk)
- Satukan krimwell, butter, gula ising, shortening dan vanila - pukul hingga kembang
dan putih.
- Masukkan sugar syrup, pukul lagi hingga gebu dan putih.
- Hias mengikut kreativiti mike!
YYYEEEAAAHHHH! mesti jadi punya!
Selamat menjamu selera !!!
1 comments
wah nampak sedap sponge kek awak...
BalasPadam