ASSALAMUALAIKUM!!
Selamat pagi semua. Semoga pagi Ahad ni memberi ruang masa untuk bersama keluarga yang di kasihi.
Di kampung ambo pulak, hari ni sangat 'cerah' ! Selalu cuaca ' mendung' aja....maklumlah dok di dalam
daerah yang banyak hujan!
Kampung ambo dengan Taiping bersempadan bukit aja...kalo siap projek jalan Anak Kurau - Kamunting....
wah mesti depan rumah ambo berdesup desap kereta motor dok lalu! Uuuwwwwaaaa....takdak 'privacy'
dah le! Nak nonton drama pun, tentu selalu 'terganggu'! Citt!
Hari ni kan Jah..ambo nak kongsi satu lagi kuih tradisi....resepi tok nenek le! Ambo nih udah di panggil 'opah' dah Jah............, jadi selerapun banyak terarah kepada resepi tok nenek le! heheheheh!!!
Tak tau kenapa...tapi ambo 'agak suka' bermain dengan 'kaler' Kalo kuih yang 'berkaler-kaler' tu berkenan sangat...meriah Jah! Mike tak rasa ke???
Apapun ' KUIH LAPIS TEPUNG BERAS' ambo kali ni tak adalah 'lapis nyonya' sebab tak cukup 7 lapis!
Ambo buat 'lapis baba' ajalah...maklum je bancuhan tepung 'ngam-ngam' jadi 6 lapis! heheheheh!!!
Cepat Jah kita kongsi...lepas nih ambo nak gi ke dapur dah, nak masak untuk makan tengahari pulak!
Ppssstttt! nak nengok 'bancuhan' apom ambo, udah 'naik' ke 'belum'
Kita kongsi ye Jah!
Bahan asas:
2 cawan tepung beras (di bancuh dengan 3/4 cawan air panas)
2 sudu tepung ubi
2 sudu tepung gandum
1 cawan gula
4 cawan santan
Sedikit garam
- Bancuh semua bahan di atas ( kalo ambo, blend semua - nak cepat)
- Bahagikan kepada kaler yang di sukai
- Panaskan loyang yang di sapu sedikit minyak
- Siap untuk di kukus - letak bancuhan berselang seli
Anak-anak ambo suka makan panas-panas, tapi ' kureng' lawo (cantik) lah bila di potong!
Apa-apapun semua 'beghehhh!!!
0 comments