ASSALAMUALAIKUM!!!
Selamat tengahari Jah.Pekabo mike? Hari nih ambo berkesempatan duduk bersembang dengan mike waktu begini. Hari nih hari Senin...tapi ambo bersantai di rumah! Kerana apa?.......oooo takdak sakit lain selain dari sakit kaki!
Kerana kaki yang sakit ambo takdak mood nak nyanyi, walopun nyanyi dalam hati! hahahahah!!!!!
Takpalah, kita santai-santai bersembang udahlah Jah kan?
Lauk tengahari ambo dah siapkan, tunggu anak-anak ambo balik aja. En. suami udah balik dari kebun.Di usia yang emas nih, kerja kena buat jugak tapi sikit-sikit berpadanan dengan tenaga yang ada! Betul tak Jah?
Tengahari nih ambo teringin nak berkongsi satu lagi jenis biskut dengan mike, selalu buat tapi kali nih ambo kongsikan resepi dari blog Noor Masri yang sedap-sedap tuh!
COKLAT CIP FAMOUS AMOS tu lah nama biskut ambo nih. Memang menjadi kesukaan anak-anak ambo dan en suami. Rangup-rangup gitu!
Tak mo cakap banyak-banyak moh le kita semak resepinya.
Bahan A:
1/2 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
1 buku butter
1 cawan minyak jagung
2 bji telor gred B
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar susu segar
1 camca teh esen vanila
Bahan B:
4 cawan tepung gandum
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar tepung jagung
1 camca teh cream of tartar
1 camca teh soda
1 cawan walnut cincang / almond nib
2 cawan coklat chips
- Campur semua bahan A ke dalam mangkuk - satukan sehingga sebati (gunakan whisk)
- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda dan cream of tartar
- Masukkan tepung sedikit sedikit ke dalam bahan A - kacau sebati menggunakan spatula
- Kemudian masukkan almond nib dan coklat cip
- Susukan ke dalam loyang
- Bakar 160 c selama 15 - 20 minit
Kerana anak-anak ambo suka, ambo akan gandakan adunan. Mike boleh aja menggunakan separuh aja bahan-bahan di atas. Worait Jah nampaknya Raya Qurban yang tak lama lagi nih ambo kena buat lagi biskut nih...selagi anak-anak tak jemu!
BAI.....BAIIIII!!
0 comments