PUAN MOI MENINGGAL DUNIA!

  • 10:41 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments

Puan Moi dan En Awang semasa kecil
Puan Moi tengah sarat mengandung
En. Awang sedang bersantai dengan gaya tersendiri!
Puan Moi selamat beranak pada 31.12.2012 . Kembar 5 seekor mati semasa kecil
Anak Puan Moi - Tomei sedang lena tidur
Anak Puan Moi - TolengToleng - yang gemuk gedempol!
Anak Puan Moi - Pokka tp ambo panggil dia pokpok
Anak Puan Moi - Toteh tp ambo panggil Chekteh walopun juling tetap ensem!

ASSALAMUALAIKUM!

Kisah paling menyayat hati minggu-minggu terakhir ni!
Puan Moi ambo udah meninggal dunia.
Kesiannya Moi.
Dia kucing ambo yang paling baik. Ramah tamah dan pembersih kucingnya!

Dialah yang tak jemu mengejutkan ambo , kalo dilihatnya ambo tak bangun-bangun kalo udah jam 6.30 pagi! itulah Puan Moi ambo.
Kerana keracunan, dalam sekelip mata dia menggelupur, melihat ambo dengan matanya  yang kosong.Ambo menangis melihat deritanya. manalah ada klinik haiwan malam-malam buta begini.

Bila ambo mengusap dan memanggil namanya, dia sedaya mungkin masih mahu terus menyahut!
Beri minum air (nyior (kelapa). Telefon Veteriner untuk menyelesai masalah, deme cuma boleh bagi nasihat suruh bagi air badak! Kelam kabut En suami pergi ke kedai membeli air badak, Puan Moi semakin tenat. 15 November 2014 jam 10.25 minit malam Puan Moi meninggalkan ambo dan keluarga ambo.

Aiman termenung panjang. Sedih!!. Si Tecik Hajar belum lagi ambo bagitahu, tak mahu terganggu SPMnya. Malam itu jugak ambo  dan Aiman kebumikan Puan  Moi berselimutkan tuala ambo!
Tak sanggup ambo melihat tubuh kaku Puan Moi!

Puan Moi meninggalkan 4 anak-anak jantan yang keletah dan nakal! Dia beranak pada 31.12.2012 berkembar 5 tapi mati seekor semasa masih kecil. Kerana kasihankan Puan Moi, ambo ambil keputusan memberi Puan Moi makan ubat perancang!
En Awang (abang kepada Puan Moi) udah 6 hari tak balik-balik . Puas dok mencari tak jugak bertemu.En Awang menghilangkan diri setelah 2 hari Puan Moi Meninggal dunia!

Inilah kisah sedih ambo sekeluarga di akhir tahun nih!
.

You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...