BISKUT BADAM RANGUP BERHATI

  • 10:16 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam semua!

Hati lara bergelora sayang
mengenang kasih tak kunjung tiba
bilakah akan bersua
bisikan hati yang setia!

Malam nih kita nyanyi lagu pop yeh yeh pulak kan Jah. Saja-saja ambo dok nyanyi lagu J.Kamisah penyanyi 60-an berasal dari negara Singapura.Dulu-dulu semasa zaman pop yeh yeh kebanyakan penyanyi berasal dari Singapura dan Johor, cuma penyanyi L.Ramli dari Pulau Mutiara yang tersesat menyanyi jugak.

Bila lama tak bersua dengan mike beginilah jadinya! Pekabo Jah mike loni? Ambo sihat tapi kerana kesuntukan masa.....ambo jarang-jarang berkongsi resepi masakan dengan mike!
Itulah, makcik nih semakin tua semakin sibuk pulak jadinya! Bila hujung minggu, kalau tak memenuhi jemputan kenduri, tetamu pulak datang berkunjung. Atau setidak-tidaknya....aktiviti 'memulihara' kawasan sekitar rumah! Almaklumlah rumah yang selalu kena tinggal!

Malam nih ambo mencuri masa bersembang dengan mike, sambil-sambil di dapur ambo tengah dok mengukus Lepat Pisang. FFfuuuhhhh..dah lama bebeno nak makan lepat pisang nih, baru loni berpeluang menikmatinya!

Selak punya selak gambar-gambar masakan ambo, terjumpalah pulak gambar 'BISKUT BADAM RANGUP BERHATI' nih. Biskut ni Raya Aiduil Adha  hari tu punya cerita. Kebiasaannya kalo Raya Aidil Adha, adik beradik ambo jarang balik, kecuali yang dekat-dekat dan sepupu sepapat ambo yang datang berkunjung. Jadi ambo hanya menghabiskan stok yang ada aja. Berjimat cermatlah katakan!!!
Tak baik membazir Jah!! berdoze!!! (dosa)

Moh le kita berkongsi resepi yang sangat enak nih. Tak payah nak tunggu raya pun kita boleh buat, kalo anak tekak nak makan! Moh le Jah!

Bahan asas:

1 ketul butter (250 gram)
130 gram gula kastor
1 biji telor
1 camca teh vanila
1 camca teh baking powder
300 gram tepung gandum
50 gram tepung kastad
50 gram kacang badam (goreng/sangai dan kisar halus)
50 gram badam keping (untuk hiasan)
1 kuning telur (untuk sapuan)

- Pukul butter dan gula
- Masukkan telor dan vanila dan pukul lagi (pukul-pukul manja gitu)

- Tepung gandum, tepung kastad dan baking powder di ayak bersekali kemudian masukkan kedalam
   butter yang di pukul tadi.
- Akhir sekali masukkan kacang badam dan sebatikan adunan
- Turap mengikut acuan yang disukai dan sapukan kuning telor serta letakkan badam cincang
- Bakar selama 10 - 15 minit dengan suhu 170 c
- Setelah masak sejukkan di atas redai sebelum di simpan.


Selamat malam Jah....BUBYE....BUBYE>>!!!


You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...