ASSALAMUALAIKUM!!!
Kini aku gembira
yang ditunggu dah tiba
anakku lahir sudah
hai..anakku yang pertama!
Sesape yang jadi emak ke, ibu ke, ummi ke, mama ke mesti hati rasa sangat gumbira menerima kehadiran
anakkan? Itulah hadiah dari ALLAH untuk kita para ibu....amanah dari ALLAH untuk kita menjaga dan mendidik agar menjadi hamba ALLAH yang sebaik mungkin.
Kerana itu juga, apa pun permintaan anak selagi terdaya dan termampu dan tidak menyalahi hukum ALLAH
akan kita usahakan. Betulkan Jah? Itulah yang nak ambo ghoyat (bualkan) kepada mike! Kejadian ni beberapa malam lepas. Rasanya udah lewat malam, biji mata pun rasa nak tertutup aja...tapi kerana anak nak makan, buatkan jugak!
Bukan anak mendesak, tapi hati mak ni tak keruan jadinya. Itulah kejadian 'ROTI BAKAR SPECIAL'
kali nih! Special yang ambo maksudkan kerana penjimatan dari segi masa dan tenaga, kos yang murah tapi berbaloi kerana mendapat pujian melangit dari anak! Huhahuhe!!!!
Ndak ke kamu Jah resepi sempoi ambo ni?
Kalo ndak moh le kita kongsi....anak-anak yang membesar mesti suka! hahahahh!!!
Bahan asas:
3 biji telur
1 pokok daun sup
5-6 keping roti putih
Sedikit lada sulah
cili hijau & merah
1-2 keping fishcake
1 biji bawang besar
- Pukul telur
- Bawang besar di potong dadu
- Fishcake di belah dua dan di potong, begitu juga daun sup dan cili - semuanya di potong
- Masukkan semua bahan diatas ke dalam telur bersama sedikit lada sulah - sebatikan
- Roti di potong dan masukkan ke dalam adunan telur - sebatikan
- Cairkan sedikit majerin - tuangkan adunan roti tadi dan bakar
- Dah masak angkat dan bolehlah di makan panas-panas
* Ambo bakar dalam ' pemanggang ajaib' jadi mudahlah nak balikkan roti tu.
Untuk lebih enak, boleh letakkan mayonis setelah roti masak.
Wokey Jah...jumpa lagi nanti! Esok hari Senin...Wwuuuuaaaaa...tak siotnye!!!!
BUBYE!!!!!
0 comments