ASSALAMUALAIKUM!
AL FATIHAH!!!!
Ambo mulakan sembang ambo di tahun 2014 Masehi ni dengan kenangan bersama bonda tercinta.
Semua kita mengasihi satu-satunya wanita yang di gelar emak, ibu, ummi, mama, bonda kan?
Satu-satunya wanita yang sangat besar pengorbanan dan kasihnya pada kita anak-anaknya.
Hari ni genap 7.1.2014 genap12 tahun bonda yang amat ambo kasihi meninggalkan ambo dan anak-anak beliau yang berjumlah 8 orang 3 perempuan dan 5 lelaki. Bonda ambo meninggal tatkala berusia 86 tahun dan masih sihat. Tiada penyakit kecuali bertongkat kerana terjatuh yang mengakibatkan peha beliau terpaksa di masukkan besi. Sungguh tak sangka bonda akan meninggalkan kami semua kerana hanya demam biasa!
Tak mengapalah...sudah menjadi resam ...yang hidup pasti akan mati! Cuma ambo rasa masih tak puas hidup bersama bonda, wanita yang sangat baik dan sangat pengasih! Sehingga kini ambo menggalas rindu yang sangat sarat. Semasa ambo mengetuk keyboard ni, airmata ambo mengalir tiada henti! Rindunya ambo
pada bonda..hanya ALLAH yang tahu! ....dan ambo juga tahu, anak-anak bonda yang lain juga rindukan bonda!
Al Fatihah.....semoga roh bonda dicucuri rahmat dan ALLAH menempatkan roh bonda bersama roh orang-orang yang beriman! Kami redho pemergian bonda! Kami sentiasa mengiringi bonda dengan doa dan semoga kita akan bertemu di syurga ALLAH!
Al Fatihah!
2 comments
al fatehah untuk opah
BalasPadammemang rindukan opah
teringat nasi goreng dia
teringat kopi dan gula dia
teringat biskut lenga dia
teringat segala2nya tentang dia
satu yang tiada gantinya
Thanks for sharing...Eastern Voyage Pvt. Ltd. is one of the leading Travel Agents & Tour Operators in India with branch & associate offices all over India and in Nepal.
BalasPadamIndian Temple Tours