Kek

CHEDDAR CHEESECAKE

  • 9:16 PTG
  • By Amin Salmah Bt. Hj. Abdullah
  • 0 Comments



ASSALAMUALAIKUM!!!

 12 MEI 'SELAMAT HARI IBU'!!

'Ibu.....ibu....engkaulah ratu hati ku...
Bila ku berduka....
Engkau hiburkan hati ku....!

Ya.....tiada tandingan kasih ibu. Tiada sempadan kasih sayangnya. Pada semua yang masih punya ibu, hargailah ibu, limpahkanlah kasih sayang untuk ibu yang melahirkan! Walau sebesar mana pun budi kita,
takkan sama dengan budi ibu!

Tak kiralah samada ibu kandung atau ibu angkat...jika bernama 'ibu' kasih sayang mereka tiada
tandingannya!Sayu dan sedih rasa di hati kerana ambo kini tiada ibu...tapi semangatnya dan kasih sayangnya,
tetap melimpah ruah di hati ambo! Al fatihah untuk ibu yang sangat ambo kasihi, semoga roh ibu tenang di 'sana' dan di tempatkan bersama roh orang-orang yang beriman!

Hari ni ambo tak kemana, rilek-rilek sambil menonton tv! Bersantai sorang diri! hahahah!
Suami ke kebun bersama anak teruna ambo yang baru selesai menjalani praktikal. Anak bongsu ambo pulak
ke ADTEC Taiping kerana Program Kepimpinan yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Rakyat.
Tinggallah ambo sorang di rumah!

Jadi dari tak buat apa-apa, lebih baik ambo 'buat apa-apa' tak gitu Jah???
Dek kerana hari ni 'Hari Ibu' ambo pun buatlah satu jenis kek 'syok sendiri' Jah oooooiiii!!
Itulah 'CHEEDAR CHEESECAKE' yang kejadiannya pada petang tadi!
Bertambah  'tepu' le gamaknya lemak di badan! Biasanya ambo makan kek sikit aja, kali ni ambo hentam
1 potong 'besau' Ambik ngko Jah...daripada makan sikit baik ngko makan banyak! puas ati!! kuangkuangkuang!!!

Kek ni ambo skodeng dari cik Google maka terjumpalah cara pembuatannya yang sangat sempoi.
Ambo suka yang mudah dan cepat, sebab blog ambo ni pun masakannya semua 'yang sedang-sedang saja'
Hahahahh! malas betul makcik ni!! Sumber resepi ambo ngendap dari blog 'Secubitgaram'

Moh Jah kita selak resepi kek sedap nih!

Untuk kek:
6 biji telur ( buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung kek
60g tepung jagung
50 ml air sejuk (air dari esbok)
1 sudu makan ovelet (ambo tak letak pun)
75g mentega (cairkan)

Untuk krim:
1 kotak creamcheese (philadelphia)
1 cawan susu pekat manis ( satukan kedua bahan ini dan putar sehingga sebati)

Untuk topping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese ( parutkan)

- Masukkan semua bahan kecuali mentega dan putar dgn kelajuan sederhana sehingga putih dan pekat.
- Masukkan mentega dan putar lagi sehingga betul-betul sebati
-Masukkan adunan kedalam loyang yang di alas dengan kertas minyak dan di sapu dengan sedikit mentega
- Bakar menggunakan api bawah dan atas selama kurang lebih 50 minit dengan suhu 150 C
- Bila sudah masak biarkan sejuk , barulah dipotong dua
- Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan separuh kek lagi di atasnya
- Sapukan lebihan creamcheese di seluluh kek tadi
- Parutkan cheese craft di atas permukaan kek  dan taburkan keseluruh kek dengan cheese craft sebagai
   toppingnya.
- Simpan dalam esbok selama 1 - 2 jam. barulah di potong.

Rasanya lembut, enak dan cukup lemak. YYEEEESSSSS!!!!

BUBYE dan Selamat malam!






You Might Also Like

0 comments

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...